Monday, October 10, 2011

Hari Ahad yang indah

Sejak suami pergi kerja di negara lain, saya tak pernah bawak Husayn dan Almira sahaja kalau pergi jalan2 di hari minggu. Mesti kena bawak adik saya sebab saya tak rasa diri sendiri boleh handle makhluk comel 2 orang ni.

Almira suka main kat luar rumah.Macam best sangat bila dapat main kat halaman rumah.Bila ajak masuk dia selalu tunjuk perasaan dengan melakukan adegan baring dilantai sambil terjerit jerit.



Baju warna merah polka dot yang sangat comel tu adalah tajaan BBLUVSME. Check them out untuk baju kanak-kanak yang sangatlah adorable! Kasut Almira pula adalah kasut abangnya masa kecik kecik dulu.

Semalam pergi area The Curve dan Tesco bersama geng (anak-anak dan adiklah gengnya tu.) Pegi Tesco nak beli rak utk toilet dan macam macam, tapi boleh tak troli dah habis. Last last stroller jadi troli.Sumbat je apa yang patut .

Kalau parking mesti ambik gambar sebab konfim saya adalah cepat lupa. Hehe.

Lepas tu pergi makan kat Secret Recipe The Curve. Saya makan mushroom chicken dengan nasi sebab nak suap Almira jadi malaslah nak order yang pedas pedas.

Acik makan spaghetti dan Husayn makan kids' meal ada burger kenit kenit.

Yang geramnya Husayn ni makan sikit je lepas tu tak nak sebab sibuk nak main lori.



Almira pulak buat persembahan kat Secret Recipe tu. Panjat sana sini, baring kat kerusi dan macam macam lagi. Kat sebelah kitaorang ada couple ni duduk. Yang si bini pregant jadi si suami tolong sapukan minyak cap kapak kat dahi dia.Saya rasa dia pon pening tengok anak-anak saya yang bermacam ragam dan kecerewetan yang melampau.



Husayn pula main lori kat meja makan jadi penuhla meja tu dengan bermacam-macam benda.

Nampak tak orang meja sebelah yang tengah urut belakang bini dia tu sambil melihat gelagat kami? Itulah dia couple yang diperkatakan tadi! Saya pasti dia pening tengok anak anak saya yang tak tau duduk diam langsung. Kesian dia. Hihi.



Sampai rumah semua letih dan tidur kecuali Husayn. Petang tu boleh keluar lagi pergi main kat playground pulak.

Almira memang suka naik buai sependa ni. Heheh


Kelakar tengok gambar ni sebab Acik macam rongak dan takde gigi. Hahaha.


Inilah anak bujang kesayangan. Baju lori berwarna hijau adalah tajaan BBLUVSME juga.

Bila malam semua sudah letih dan terbongkang. Kecuali mek kecik di gambar di bawah ni. Jangan tertipu tengok gambar tu sebab dia bukan tidur sebenarnya, tapi bulu mata dia panjang jadi tak perasan sebenarnya mata dia terbukak lagi.

SERIUS SETIAP HARI ADA MASALAH SUSAH NAK TIDUR PEREMPUAN KECIK SORANG NI! TERTEKAN!

Heheh.



Bagaimanakah hari minggu anda? Dapat berpeluk pelukan dan bergomol dengan anak-anak tak? Hehe. Bai!





3 superstars:

Diyanazman said...

lama pulak aku x jenguk blog ni tgk anak dara ko dah besau comelllll!!!

Intan said...

hi diyana...ya terima kasih.tetapi jangan tertipu dgn kecomelannya..kehkeh

KambingBujang said...

kapel yg penin2 tue coincidentally is my officemate.. huhuh

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey