Monday, September 19, 2011

Hari Raya 2011 adalah agak pelik

Raya tahun 2011 adalah macam pelik sikit sebab pagi raya saya masih berada di rumah di Petaling Jaya. Oklah, memang pun saya marah suami sebab malam tu kitaorang tertido sampai ke pagi. Bangun-bangun dah pagi raya lepas tu takde masakan Hari Raya pun sebab parents saya sudah pulang ke kampung. Wuwuwu.


Lihatlah anak-anakku menunggu abahnya balik dari sembahyang raya sambil bermain kasut raya mama. Selepas itu kami berhari Raya di Kuala Kangsar sampailah ke 10 malam, itu pun nasib baik rumah terakhir tu takde api, kalau tak tak tau la pukul berapa agaknya habis. Memang melekit habis badan dan tudung pun senget benget. Dah agak dah memang akan jadi macam ni, tapi tu lah gatal jugak nak pakai tudung belit belit.

Pinky and the brain kan kami? Oh saya pun pandai sangat sebab dengan ada pakai inner baju lagu, memanglah konfem berpeluh sakan.

Hari Raya kedua lagilah pelik. Pergi jalan-jalan kat Taiping Sentral dan Tesco, lepas tu makan kat Kenny Rogers. Seumur hidup inilah pertama kali menjejakkan kaki ke shopping mall di hari Raya kedua. Sungguh bersejarah! Haha.

Tapi tak kisahla, sebab Almira pun suka dan suami saya juga balik ke Malaysia!

Raya ketiga kami balik ke kampung saya di Batu Pahat.Bertolak dari Taiping pada pukul 3 pagi. Jadi jalan memang konfemla clear saja. Best balik kampung sebab dapat duit raya! Bukan Husayn dan Almira je dapat..saya dan suami pun turut dapat juga dari makcik-makcik dan nenek. Best kan!

Oklah sebenarnya hari ni juga agak pelik kerana setelah lama tak update blog, terbuka pulak hati nak update hari ni. Akhirnyaaaaa...bai!

2 superstars:

pearly said...

can i know where do you get graham crackers from? can't seem to find it anywhere. :(

Intan said...

hi pearly, i bought it at giant mall kelana jaya :)

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey