Wednesday, August 10, 2011

Window shopping baju raya berkonsep colour block untuk menghilangkan ngantuk

Hari ni mengantuk - ok screw that, sebab sebenarnya tiap-tiap hari pun mengantuk bila datang kerja dalam bulan puasa ni. Memang respek orang yang keje the whole day waktu bulan puasa, balik memasak lagi untuk family, lepas tu malam boleh pulak bersolat terawikh dan bertadarus. Aku ni mampu buat bekerja kat ofis je la. Balik tu memang selalu letih yang melampau di tambah lagi dengan traffic jam luar biasa di bulan puasa yang menyakitkan hati.

Balik awal setengah jam ni pon tak guna sangat sebenarnya sebab waktu sampai rumah adalah sama je macam aku balik 5.30 pun. Dugaan oh dugaan!

Korang dah start shopping untuk raya ke?

kang ada pulak suara berbisik : "eh bila shopping boleh pulak ada tenaga ya?"

Haha, sebenarnya tak larat jugak. Untuk anak-anak dah settle sebelum puasa lagi hari tu. Untuk diri sendiri pulak aku banyak shopping online je. Tapi untuk tahun ni sukalah tengok trend colour blocking kat baju tradisional ni. Sebab selalunya aku tengok konsep colour blocking ni baju-baju biasa je. Ni contoh-contohnya kedai online yang jual baju tradisional colour blocking ni:

Cantikkan yang ni? Aku suka yang combination brown dengan biru tu. Siap ada embroidery dan manik-manik pasti canteks sekali! Kalau nak tengok boleh tengok website penjualnya di sini: Little Ilsya

Yang ini pun cantik, tapi yang ni aku rasa macam takde beads. Tapi aku suka la concept ada cuff kat tangan tu. Yang ni ada jual kat sini Modish Mode House. Tapi kalau korang nak order untuk raya lupakanlah sebab pre-order dah tutup. Tapi dia kata lepas raya dia bukak balik order.

Yang ini pun comel dipenuhi polka dots! Rupa pun ala ala vintage dengan ribbon kat pinggang tu. Kalau suka boleh tengok kat Buttons Tradisional

Setakat ni, tu je la kot website yang aku tau ada jual baju raya konsep colour blocking ni. Kalau korang tau lagi share2 lah. Kalau tak beli pun, saja je la window shopping bagi menghilangkan ngantuk ni. Heheh.

Oklah selamat berpuasa kawan-kawan semua!

2 superstars:

yatie chomeyl said...

oh no, u bersalah membuatkan i tergoda nak pi order baju2 itu hehehe

Intan said...

yatie...meh meh beli..pastu jgn lupa blogkan yg mana satu u beli sbb i nak tengok juga.heheh

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey