Tuesday, July 5, 2011

Lagu kegemaran

Setiap hari, masa bersiap nak pergi kerja saya ada habit suka scroll cari lagu dalam handphone untuk di mainkan.

Tak kisahla masa tu dah lambat mana pun, saya tetap akan gigih mencari lagu apa untuk di pasang pada hari ini. Kalau dulu zaman sekolah waktu tidur pun tak tutup radio sebab suka kalau bangun pagi dengar lagu dah terpasang.Masa kat uni pulak tak tutup pc sebab suka biarkan mp3 tu terpasang.

Tapi pada saya yang mempunyai emosi seperti yo yo dan suka menangis masa tengok Grey's Anatomy (emo betul tengok Grey's Anatomy ni. Maybe sebab ramai sangat orang mati kot. Heheh), mendengar lagu yang sesuai pada waktu pagi sebelum pergi kerja adalah penting untuk membina mood pada hari itu.

Contohnya kalau mood tengah upbeat dan happy dengarlah lagu Gwen Stefani - Hollaback Girl

ataupun tengah sedih dan nak menaikkan semangat dengarlah lagu Katy Perry - Fireworks

ataupun bila sedih dan teringatkan suami yang jauh bolehlah pasang lagu Incubus - I Miss You

Ok sebenarnya hari ni berharap amat-amat suami akan balik pada hari Raya nanti. Dia janji dia akan balik time tu tapi kalaulah tak jadi pasti banjir satu Batu Pahat nanti. Huwaa.

1 superstars:

Liyana said...

kelakau...kelakau...

giler la rajin study bole jd mcmni
hehehehe

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey