Tuesday, July 19, 2011

Jangan salahkan lori yang lembab di depan

Hari tu bawak kereta kat Penchala Link. Masa tu jam dah dekat pukul 2. Ada sebuah lori yang sangat lembab di depan. Duduk kejap kat belakang lori.

5 saat.

10 saat.

Ok tak boleh jadi ni. Lembab sangat jadi kita pintas saja lori lembab ini.

Kasi signal, saya pun pintas dengan bangganya. Di tengah-tengah kebanggaan itu, tiba-tiba ternampak ada manusia mengibarkan bendera di depan.

Maaf ini bukan bendera patriotik nak sambut merdeka.

Tetapi ada Polis DiRaja Malaysia la!

Dem.


Memang efisyen PDRM ni sebab tak sampai seminggu saman dah masuk dalam MyEG.

RM150, boleh beli baju raya anak tau!

Eeeeeeeeeee.


0 superstars:

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey