Monday, July 4, 2011

Happy 1st Birthday Nur Almira Latifa!

Ceritanya bermula dengan kek ini.

Hari Rabu yang lepas saya saja-saja je la order kek Red Velvet buatan Coffee Bean ni untuk celebrate birthday Almira. Time tu tak terfikir pun nak buat majlis makan-makan ke apa. Saja je lah sebab biasanya memang selalu beli kek pun kalau ada birthday sesiapa.

Tapi entah macam mana perkara macam gambar di atas pula terjadi.

Dari situ bermulalah membeli birthday party goodies macam ini..

Dan tiba-tiba ada plak segerombolan geng polkadot pink.

Selalu orang buat kids birthday party waktu petang. Tapi ni buat waktu malam sebab ada makcik kesayangan nak masuk NTV7 punya Feel Good Run pulak. Dahla dia salah date ingatkan larian tu hari Sabtu, tapi sebenarnya hari Ahad. Haha.

Husayn happy je sebab uncle kesayangan pun nak datang. Jadi dapatlah dia main berlompat-lompat tanpa henti.

Di antara hadirin yang hadir (disebelah kiri adalah makcik kesayangan yang sibuk sangat nak masuk Larian NTV 7 tu tapi saya lihat melantak makanan pun hebat je malam tu. Padahal pagi2 esok tu dah nak pegi larian. Heheh)

Uncle kesayangan Husayn yang suka pakai kasut Nike kaler pink. Haha.

Nampak tak ada orang lengan macam abang Fumakila? Ha adik saya la tu. Lengan polkadot pula mak saya. Heheh.

Kawan saya Jamie buatkan Almira kek yang comel ni. Thank you Jamilah I laf u!

Kita kasi orang makan coklat dan gula banyak-banyak supaya rongak gigi. Tihihi.

Ini adalah kawan segossip semasa di universiti. Dah lama tak jumpa jadi seronok bergossip bersama rakan-rakan lama

Ini juga kawan saya Joe yang selalu perasan muka macam Dave Grohl bersama Maryam yang baru umur 2 tahun tapi pandai menari shuffle. Kiut doh!

Abang Bob dan Kak Wa yang merupakan saudara mara juga.

Ha ini dia birthday Girl. Happy Birthday yang pertama untuk baby mama Nur Almira Latifa! We all wuv u soooo much!

Terima kasih kepada yang sudi hadir walaupun late notice sangat-sangat. Terima kasih juga di atas hadiah yang kiut-kiut..Terima kasih kepada mak saya dan adik-adik saya yang telah memasak makanan yang sedap-sedap sekali dan pengasuh anak-anak saya yang jugak makcik saya yang juga telah mengsponsor spaghetti. Sedap sehingga menjilat jari nyam nyam! Terima kasih family, terima kasih rakan-rakan..nanti kalau ada rezeki lain kali saya jemput ramai sikit sebab kali ni memandangkan ruang pun agak limited jadi saya tak nak la seksa orang bersempit sempitan. Kihkih.

Bye bye sweetie pie!













4 superstars:

pizli said...

Happy Birtday.. Sorry tak dapat datang sebab balik kampung.. Satu soalan.. Soto ada tak??

Siti Fatimah said...

Happy 1st Birhday Almira :)

suadrif said...

apsal baju kejap purple kemudian putih... ada sesi tukar baju ke?

Intan said...

pizli, takpela next year la pulak..lagipon takde soto, ada spageti je..hahah

siti - thank u!

aus - baju putih tu sebenarnya esok paginya la..hahaha.sibuk la wak wit ni..present manaaaaa?

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey