Wednesday, June 29, 2011

Perhimpunan Bersih

Aku tak tau pulak A Samad Said ni pro Bersih. Eh sebelum tu, tau ke Bersih tu apa? Kalau nak tau baca kat sinilah. Malas la nak taip. Heheh. Sebenarnya tertarik baca sajak A Samad Said masa event Bersih (aku bukan pergi event Bersih atau pro Bersih la..aku terjumpa kat internet je ni).

Unggun-Bersih

Semakin lara kita didera bara -kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita - demokrasi luka;
lama duka kita - demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh,
kita cemuhi;
suara bebas yang utuh,
kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

Yang hebat pasal sajak ni adalah disebabkan sajak ni A.Samad Said disoal siasat dengan polis.

Kesimpulannya sesiapa yang nak shopping untuk raya kat Jalan TAR atau Sogo terutamanya wanita dan kanak-kanak pada 9 Julai ni lupakanlah. Kang terperangkap pulak dalam perhimpunan Bersih ni. Tu tak campur lagi dengan Pemuda Umno la, Perkasa la yang nak 'bertempur' dengan orang-orang Perhimpunan Bersih ni. Nanti tak pasal-pasal kena gas pemedih mata ataupun kena tangkap polis pulak.

Duduk rumah diam-diam sudah.

1 superstars:

nUR_rOsALiNdA said...

Time tu Kedai kat Jalan TAR tu mesti banyak tutup. Macam masa perhimpunan haram 2 thn lepas..

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey