Tuesday, June 21, 2011

Keep it simple, Stupid!

Malam tadi ajar Husayn tulis nombor. Mengamuk betul dia sebab tv kena off dan mama dia ni paksa dia tulis nombor. Geram tengok dia mengamuk, tapi kadang-kadang terlepas gelak jugak sebab tengok cara dia tunjuk perasaan telah mengingatkan saya pada seseorang.

Tahukah siapa orang itu?

Orang itu adalah diri saya sendiri.

Teringat dulu masa darjah 3 kot, pakcik saya ajar saya spelling tapi saya tunjuk perasaan dan tak nak buat apa yang dia suruh. Jadi semalam tengok gaya Husayn mengamuk bila saya suruh dia isi ruang-ruang kosong kat buku latihan tu dengan no 9 memanglah macam déjà vu pulak. Dia tau bentuk no 9 tu tapi dia saja je tulis benda tu terbalik sana sini. Bila geram sangat saya marah jugak dia tapi lama-lama saya tunggu je dia tulis sampai habis.

Sentiasa nak mengamuk bila tak dapat benda yang dikehendaki? Forever rasa tak puas hati dan nak membantah? Kurang sabar?

Ya perangai kesemua di atas memanglah tidak syak lagi Husayn dapat dari saya. Dah macam aku ni menghadapi diri sendiri la pulak. Dulu masa kecik mak saya memang suka membebel dan saya akan buat muka muncung nak memprotes. Sekarang bila turn saya pulak jadi mak, saya cuba kurangkan membebel dan cakap apa yang perlu je. Sebab utama adalah Husayn baru 4 tahun, dia bukan nak dengar pun kalau saya cakap panjang-panjang jadi baiklah saya K.I.S.S. saja. Bukan KISS peluk cium (walaupun yang ni perlu juga) tetapi KISS =Keep It Simple,Stupid!

Senang cerita saya cuba limitkan bebelan kurang daripada 2 minit. Haha.

Tapi percayalah, sia2 je membebel kat budak bawah 5 tahun ni. Dia tak paham sangat pun dan buat letih mulut saja.







2 superstars:

pizli said...

Hahahahah, aku faham sangat perasaan macam marah diri sendiri tu..

bobhandburry said...

Salam kunjungan.. blog menarik... senang2 singgah la ke blog saya ;)

http://www.zuwairiaiman.com

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey