Wednesday, April 6, 2011

Wahai Utusan Malaysia, perlu ke letak gambar still shots video seks Anwar Ibrahim sebesar mungkin?

Aku agak tak paham kenapa Utusan Malaysia kena letak gambar still shots dari video seks Anwar Ibrahim tu sebesar-besar mungkin. Suratkhabar The Star tak payah letak pun gambar besar-besar macam tu? Ke sebab Utusan Malaysia ada banyak sangat ruang kosong yang perlu dipenuhkan. Maklumlah surat khabar saiz besar kan..Tapi fikirlah sikit, itu suratkhabar untuk tatapan umum termasuk kanak-kanak. Apakah perasaan anda sebagai ibu bapa kalau tiba-tiba anak anda tanya

"video seks ni maksudnya apa, mama?"




ataupun



"orang ni tengah buat apa kat gambar ni, mama?"



Lepas tu ada pulak politician yang kononnya bijak sangat nak tunjuk video tu kat Parlimen. Apa semua ni wey? Korang sedar tak sebenarnya apa implikasi semua ni terutamanya kepada budak-budak. Kepada politician dan orang-orang lain yang ada kepentingan mungkin benda ni takde apa sebab yang penting dapat kuasa. Yang penting dapat memerintah hamba rakyat biasa, cipta propaganda baru, dapat duit berkepuk-kepuk. Memalukan orang lain ataupun menjatuhkan orang lain tu belakang cerita. Yang penting, diri sendiri kena gah dan berbangga. Kononnya untuk rakyat Malaysia, tapi aku rasa semua tu untuk diri sendiri je.



"Bosan.Bosan.



Aku pun bukanlah baik sangat. Tapi setak baik tak baik aku ni, takdelah nak mempertontonkan aib orang kepada orang ramai. What happen to innocent until proven guilty? Budak sekolah pun sibuk nak bincangkan "betulke Anwar Ibrahim dalam video seks tu"?" Tak ke rasa macam something wrong pada sesuatu dalam kes ni.



Memang, lama-lama aku pun tak tau siapa nak percaya. Tapi percaya ke tak bukanlah alasan untuk kita letak gambar yang mengaibkan orang sebesar-besar alam kat newspaper.Aku tak risau pun dengan parti pembangkang ke parti kerajaan. Yang aku risau anak-anak aku yang membesar ni, sebab apparently sekarang kalau nak tengok porno tak payah pergi website porno, kau bukak je Utusan Malaysia pun ada.



And still, you call yourself a Muslim country? Isn't it ironic (bak kata Alanic Morissette).Haih.



Sekarang baru paham kenapa arwah atuk aku tak suka bila aku cakap aku bercita-cita nak jadi wartawan dulu. Mungkin dia takut aku jadi wartawan hiburan atau wartawan kes Anwar Ibrahim kot. Hehe.

6 superstars:

mar!ahaf!z said...

today pun ada lg ke? smlm mmg jadik bahan la! nyampah kan? giler la derang ni.. mcm tabloid dah sume akhbar bahasa melayu skrg.

pizli said...

Malaysia ni banyak buang masa benda-benda bodoh macam ni la.. Malu wei..

Liz Rohaizat said...

Intan, Utusan Malaysia tak kesah pasal benda2 nie. yg penting, utk 2 hari ni.. akhbar dia laku sgt lah! pagi2 tadi, i tgk kat kedai, Utusan dah habis!

'Hebat' kan?

shima said...

MMg memalu kan...tu smua utk kepentingan politik saja

Qaseh said...

kadang2 dah naik malas nak baca surat khabar...tp x boleh juga..kang dilabel katak bawah kuali pulak...hehehe....

zam said...

Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua... Kau orang tu bukan sokong Anwar pun, kau orang tu cuma tak sokong kerajaan. Sampai bila... kisah2 kan laa...

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey