Monday, April 4, 2011

Seorang pelajar Malaysia di Mesir akhirnya telah berjaya pulang ke Mesir juga

Ini adalah cerita tentang adik saya iaitu Wak Wit yang akhirnya telah pulang ke Mesir setelah sebulan lebih bercuti di Malaysia. Sila ambil maklum bahawa entry ini ada banyak gambar, kerana pada saya gambar adalah paling terbaik untuk menceritakan segala-galanya. Bak kata orang putih, pictures don't lie (tapi sebenarnya diri sendiri memang malas nak mengarang panjang-panjang!)

Wak Wit balik pada 1 April, jadi pada 30 Mac tu adalah kenduri kecil-kecilan untuk dia. Sebenarnya kenduri nak meraikan suami saya juga yang kononnya nak pegi Oman pada 31 Mac tu. Tapi tengok-tengok flight dia ditunda! Saya pun suka je lah. Hihihi.

Inilah di antara jemputan ke kenduri untuk Wak Wit. Pakcik kesayangan, makcik kesayangan dan sepupu sepapat.

Ini pun makcik kesayangan juga yang tak habis-habis nak buli Almira. Tapi bagus juga tolong pegangkan Almira masa makan sebab bolehlah saya melantak sepuas hati!

Ada upacara pemotongan kek juga sebab 25 Mac adalah birthday emak saya! Wak Wit tu sibuk je walaupun birthday dia adalah pada 28 Februari.

Makanan adalah ditaja oleh jemputan yang hadir. Bestkan? Senang hati tuan rumah, hanya sediakan perut je. Haha. Eh lupa, air kena buat jugak.

Ayam masak kicap slurp slurppp

Kek Chocolate Indulgence baki yang saya beli masa birthday mak hari tu. Gigih saya usaha nak tolong habiskan kek ni sebab saya yang beli. Rugi weyyy kalau tak.

Ada seekor dinosaur tersesat di atas kek yang makcik saya sponsor. Ni kek secret recipe juga, tak ingatlah apa nama dia, kek kesihatan macam carrot cake kot? Tapi sedaaaap. Saya juga yang tolong habiskan. Muahaha.

Jadi pada 1 April tu kitaorang pun hantarlah Wak Wit ke airport. Semangat saya siap ambik cuti lagi.

Ini kali kedua Almira pergi KLIA. Kali pertama masa Wak Wit balik dari Mesir hari tu.

Kesian adik bongsu saya iaitu Mak Na yang terpaksa menjaga Husayn yang tak boleh duduk diam ni. Tensen dia sebab terpaksa join sekali naik atas 'kapal terbang' tu. Hahaha.

Wak Wit dan adik saya Acikebun (bukan nama sebenar). Acikebun adalah makcik kesayangan Husayn sebab selalu tolong cuci berak dia. Saya pernah tanya si Acikebun kalau diberi pilihan dia nak cuci berak Almira ke Husayn? Dengan yakin dia menjawab - "Mestilah Husayn!"

Mana lah Husayn tak sayang dia kan.

Mak Na yang masam dan Husayn yang berangan naik kapal terbang. Tapi bila naik kapal terbang sebenar menangis melampau lampau. Pelik betul lah.

Wak Wit dan mak. Kebetulah hari tu Jumaat, jadi abah saya, suami saya dan adik saya sorang lagi pegi sembahyang Jumaat. Wak Wit takpelah sebab musafir kan dan flight dia pulak pukul 3. Kesian dia sebab kena transit kat Riyadh selama 14 jam dan tak dapat hotel pulak tu. Abah saya asyik cakap "lain kali jangan naik Saudi Air tu! Al Jazeera pun pernah keluar statement Saudi Air is the worst airline!" Takpe lah, yang penting dah sampai ke Tanta dengan selamat.

Selamat kembali ke sekolah Wak Wit!



























2 superstars:

AZANI said...

alhamdlillah,syukur adik puan selamat kembali ke tanahair
semog semua pelajar kita di bumi yang bergolak juga kembali dgn selamat.

Intan said...

terima kasih azani..dah kembali ke tanahair dan dah kembali ke bumi mesir balik pun..heheh

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey