Wednesday, April 13, 2011

Parti buih bersempena dengan hari jadi Husayn

Tipu je part parti buih tu. Anak aku baru 4 tahun, ingat ni buat birthday party kat Zouk ke?Heheh.

Tahun ni birthday Husayn Zharief telah di celebrate di rumah mak polis aka makcik saya aka babysitter Husayn dan Almira. Pening nak pilih kek sebab sekejap dia nak kek Chuggington, sekejap nak kek lori, last2 hari Khamis last week saya bukak je website Wondermilk dan paksa dia pilih kek yang dia nak kat situ.

Akhirnya hari Jumaat petang tu barulah pergi Wondermilk untuk tempah cupcakes. Dan lihatlah hasilnya..tadaaa!


Inilah birthday boy bersama rakan baik yang bernama Hilmi. Bila aku tengok balik gambar-gambar ni barulah aku perasan kek warna biru, baju budak-budak ni pun warna biru.


Berposing di depan cupcakes hari jadi.


Senang order cupcakes sebab tak payah nak potong-potong kek tu. Ambik je mana-mana yang disukai lepas tu makan sajalah! Budak-budak ni semua berebut nak cupcakes yang gambar kereta tu. Kalau aku tau diaorang berebut nak kereta kecil warna merah tu, memang aku suruh orang kedai tulis Husayn je kat atas kek tu. Takdelah ayat Happy B'day tu ambik banyak sangat ruang.


Almira pulak lain cerita. Orang sibuk makan kek, dia sibuk makan dinosaur. Sungguh brutal anak perempuanku ini.


Saya juga telah membawa seorang bibik iaitu adik saya, Acik. Acik ni tak suka cupcakes sebab dia kata manis, tapi bila makan cupcakes Wondermilk ni dia memang sukaa sangat. Sedap katanya! Heheh.


Di kanan sekali yang memakai headgear ala-ala turban yang juga merangkap topi chef adalah mak polis yang sungguh hebat telah memasak bihun goreng dengan udang yang sungguh sedap sekali. Sampai 3 kali saya tambah! Terima kasih kepada mak polis kerana telah mengsponsor bihun dan air serta tempat menyambut birthday.

Next year Husayn dah start sekolah, nampaknya tak dapatlah selalu nak merasa masakan mak polis lagi..eh tapi takpe, Almira ada! Heheh.

1 superstars:

Qaseh Aishah said...

happy birthday husyn...

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey