Wednesday, March 2, 2011

Tweet of the Day - Ramai lagi belum bayar saman, rilek laa


Hari ini ada segmen baru iaitu Tweet of the day. Diharap saya akan cukup rajin untuk menggodek Twitter dan paste tweet yang dirasakan agak sesuai untuk jadi Tweet of the day. Berapa kerap nak buat Tweet of the Day ni dalam seminggu tak tau lah, tengoklah kerajinan aku ni ye.

Anyway aku rasa apa yang Wardina tweet ni betul jugak. Kerajaan sibuk sangat nak suruh orang bayar saman, sampai kasi diskaun lepas tu sampai nak blacklist orang la, sampai orang beratur 5 - 6 jam kat pejabat pos (lepas tu sistem pejabat pos pulak down..elok kita bako je pejabat pos tu! haha), sampai myEG pun tak boleh login - tapi tak de lah pulak nak buat kempen pandulah di bawah had laju supaya anda tidak kena saman ekor.

Orang-orang yang bayar saman ni lah sebenarnya salah satu penyumbang kepada negara. Nak buat election ke, beli kapal selam ke, nak kasi banyak2 kat Permata ke...ha inilah salah satu sumber duit rakyat itu. Sebab tu lah agaknya laki aku ni tak nak bayar saman masa kempen ni dan buat tak kisah je walaupun aku cakap "kang kena black list nanti..." sebab dia nak kasi sumbangan lebih la tu kan...Heheh.

Anyway aku ada gak satu saman dan sempat jugak bayar hari tu guna MyEG. Tapi takpe, sebab menurut headline suratkhabar hari ni ada RM17 juta saman yang tak berbayar. Bagus jugak sebenarnya sebab kalau diaorang semua tu kena blacklist dan tak boleh bawak kereta, kan aman damai keadaan di jalan raya..Kuranglah sikit jem di Malaysia ni kan!

Terima kasih PDRM dan Kerajaan Malaysia. Nanti dah buat election jangan lupa kami yang sumbang banyak dengan membayar saman ni. Hehe

UPDATE 3.09pm
Ha pelikkan Malaysia..tapi aku dah agak dah..siapa nak bayar saman deadline di extend sehingga 10 Mac! Tak percaya bacalah kat The Star ni

1 superstars:

Liza said...

dah agak dah, sure extend....

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey