Monday, March 21, 2011

Selamat Pengantin Baru Kak Wa!

We went to my auntie aka babysitter's daughter wedding last week. Nikah was done on Friday afternoon so I took a day's leave - honestly I could just go to her house after work but I love finding excuses to take leave nowadays so we went to the surau around 3.30pm.

Sukaaa the hantaran sebab ada kamera! I also want one!
Found one baby kept crying and tugging her mother for milk. The said baby is Almira of course, tensen dia dipegang dengan Uncle Ian dia sebab dia dah ngantuk dan tak sabar nak susu, tapi the Tok Imam still tak nampak batang hidung lagi.Heesh.

Finally the Tok Imam arrived around 5 something. Alhamdulillah the solemnisation went well and with only one lafaz, Kak Wa has becomes a wife to somebody! Mama Almira pun gembira sebab akhirnya dapat makan!

The next day we went to the reception. Husayn came all garbed in baju melayu because he and his Uncle Ian were supposed to be the 'flower boy'!


The weather was hot but there were like 6 khemah, so the place was quite big. Even the pelamin was situated in the khemah so no more pushing and tugging people just to see the bride and groom. Tapi who cares what's happening since we have good food! Bubur kacang pun ada. Sluurrrp! Tengoklah adik saya dua ketul yang seronok sangat menghirup ni.

Di majlis perkahwinan juga adalah bagus untuk berjumpa saudara mara. Contohnya apabila saya terjumpa sepupu saya bernama Kamil yang juga merupakan seorang pelajar Tingkatan 4 yang baru masuk sekolah asrama. Banyak cerita hantu yang dapat dikongsikan bersama sebab sekolah dia ada banyak hantu katanya. Ada hantu gosok gigi pakai parang, ada hantu kanak-kanak yang main dalam almari ataupun bertenggek atas almari. Dahla sekolah kat situ banyak kerja rumah di masa cuti sekolah. Kehkeh. Nasib mu la Kamil.

Husayn pun suka sangat datang wedding ni sebab ada pakcik-pakcik dia, walaupun kadang-kadang pakcik-pakcik dia malas nak kawan dengan dia sebab dia ganas sangat. Heheh. Cuba tengok gambar kat bawah ni - pakcik dia yang 2 orang tu muka tenang je, dia punya gaya. Ish ish. Siapa yang ajar dia macam ni ni!




Eh terlupa nak letak gambar pengantin. Kak Wa ni lah yang setiap hari tolong jaga Almira dan Husayn.



Ramai pulak peminat Almira masa wedding ni. Semua nak dukung dia ke sana sini, tapi yang bagusnya dapatlah mama dia makan dengan tenang dan bergossip bersama sanak saudara. Heheh. Tengok-tengok dah petang2 tu, Almira pulak sibuk duduk atas pelamin! Isk, masih bayi pun dah pandai nak main kawin2 jugak ke. Haha.

Oklah dah tak larat nak upload gambar lagi. Kepada saudara mara, nanti kalau rajin saya upload lah gambar2 kat facebook dan tag anda semua. Tapi diulangi sekali lagi, KALAU SAYA RAJIN....kalau tak, hehehe faham-faham je la.

Ok babai!

3 superstars:

dilazfamily said...

cantik pengantin nie.
dilaz follow u.
datanglah blog dilaz

http://dilazfamily.blogspot.com/
http://dilazcollection.blogspot.com/

sW33tdARLiNG said...

pergghh skang ni dah jadi trend hantaran gadget... moden!

Intan said...

dilaz
hi dilaz..terima kasih kerana melawat..nanti saya lawat balik ya...

sweetdarling
itula..tu yg best tu!

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey