Tuesday, March 22, 2011

Perkara Yang Paling Dibenci Ketika Sedang Mengepam Susu

Setiap hari datang pejabat saya pasti tidak akan melupakan beg hitam kecil yang kadang-kadang orang ingat beg laptop, tetapi sebenarnya adalah beg susu. Boleh tak hari tu ada office mate ingat beg tu dalamnya adalah make up? Haha. Ingat saya ni make up ala-ala mak andam kah rajin sangat nak bawak beg mekap besar gedabak sana sini.

Memerah 3 kali sehari adalah rutin harian saya di pejabat. Dulu masa awal-awal tu rajin la nak buat 4 kali sehari. Sesi pertama pukul 6.30 pagi lepas Subuh. Tapi sekarang malas gila nak buat sesi pertama tu, jadi masa memerah telah dicut downkan kepada 3 kali sehari sahaja.

Saya suka memerah susu untuk anak saya tetapi berikut adalah perkara yang paling saya benci ketika sedang mengepam susu:

1. Sikit sangat susu yang keluar
Saya geram sangat kalau susu tu keluar sikit. Letihlah menyumbat diri sendiri dengan makanan dari nasi ke coklat ataupun kek dan minum susu berkotak-kotak, lepas tu siap minum horlicks 2,3 gelas tapi hasil susu yang keluar adalah ciput. Sampai naik lenguh tangan memerah (guna manual pump la ni, tak mampu nak beli yang elektrik), siap tukar kejap breast kiri, kejap kanan - tapi hasilnya amatlah memilukan. Memang rasa nak baling je pam tu!

2. Semut lemas dalam botol
Kejadian semut lemas dalam botol susu ni dah banyak kali berlaku dan membuatkan saya sangat - sangat anti dengan spesis semut ni. Bayangkanla ya macam ni, kita tengah syok perah, hasil pun banyak juga, bila tengok kat botol susu, wah siap dapat 7,8 oz sekali pam! Tapi bila ditenung-tenung botol tu, rupa-rupanya ada semut 2,3 ekor dah mati lemas kat dalam tu! Terpaksalah tukar susu ke botol lain dan mengasingkan semut-semut lemas dari susu tu. Benci tau!



Cuba cari semut tersembunyi dalam gambar ni

3. Kaum Lelaki datang lepak kat tempat
Sebenarnya hal lelaki datang lepak kat tempat saya ni salah saya jugak. Siapa suruh malas sangat untuk mengangkat punggung dan memerah di dalam surau. Saya dengan senang hati perah sambil duduk kat cubicle saya. Partition saya memang cukup tinggi untuk menghalang pandangan bukan muhrim, tapi kadang-kadang kaum lelaki ni dia tak perasan saya tengah memerah, selamba je lepak borak-borak dengan saya. Nasib baik ada shawl lebar yang menyembunyikan aktiviti saya kalau tak malu mak!

4. Pam susu bermasalah
Saya tak pernah guna pam lain selain Avent Manual tu jadi pengalaman ni limited pasal Avent ni lah. Pernah la terjadi tengah syok-syok perah valve putih dalam pam Avent tu terkoyak hingga menyebabkan takde suction untuk memerah. Tensen gila! Terpaksa memujuk kawan sepejabat untuk hantar saya ke Kinderjilk kat Hartamas Shopping Centre cari spare part Avent. Bila balik saya pakaila white valve yang baru tu, tapi suction still kurang. Bila cek rupa-rupanya ada parts lain lagi rosak! Tensennya gua! Last-last petang tu jugak saya bergegas ke One Utama beli pam baru terus.

Tapi apabila melihat Almira gembira meminum susu ibu begini, segala kesusahan ketika mengepam pasti dihadapi dengan tenang saja. Selamat mengepam ibu-ibu!


Lengan berlipat-lipat hasil susu ibu (ok memanglah kat babysitter Almira minum susu ibu + susu formula - tapi di rumah memang fully breastfeed doh! sesuai untuk orang malas seperti saya.hehe)

3 superstars:

Liza said...

kita plak ada student pernah tanye...'is that a camera you're carrying in that bag?'... :p

Intan said...

ahaha..betul gak tu, mcm ala2 camera bag pon ada!

Jobless Girl said...

Almira so cute:-)

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey