Thursday, March 31, 2011

Kenapa kaum wanita kena pandai memandu?

Statement yang agak Bung-uk dari Bung

Hari ni kecoh sebab Bung Mokhtar telah memberi komen yang sungguh hangat mengenai pemandu wanita:
“Dia (pemandu wanita) biasanya memandu dengan relaks, dia tidak peduli kiri atau kanan. Kita hon dia marah...ada juga yang sanggup keluarkan tangan dan menunjukkan pelbagai isyarat”
Betul ke Bung? Macam mana kau tau ni? Bini kau pun drive macam tu ke?

Ada orang kata ni statement sexist dan ramai kaum wanita yang melenting, tapi pada saya kaum lelaki tu yang kena sabar sikit dengan pemandu wanita. Hahaha. Bapak saya dengan husband saya sendiri pun selalu akan mengeluh kalau ada yang bawak kereta stail entah apa apa kat jalan raya - "ni mesti perempuan yang bawak ni!" Kadang-kadang saya sendiri pun akan cakap macam tu, tapi bila Bung Mokhtar yang cakap macam tu saya rasa tak patutlah. Tapi pada sayalah, kaum wanita ni apa-apa pun adalah wajib kena pandai memandu. Kenapa?

Inilah dia 6 sebab musabab kenapa wanita kena pandai memandu.

1. Kerana kalau suami tinggalkan, siapa pulak yang nak bawak kereta
Tinggalkan bukan hanya bermaksud divorce sahaja,tetapi juga seperti suami tinggal untuk outstation siapa pulak yang kita nak harapkan untuk memandu?

2. Kerana bila hari Jumaat boleh pergi shopping mall time lunch hour (applicable utk pekerja kerajaan yang rehat dari 12.15 hingga 2.45.Heheh)
Rugi wey kalau lunch hour panjang tapi tak keluar ofis!

3. Kerana kerja
Kalau tengok iklan kerja kat suratkhabar kan banyak yang letak ayat ni "Must possess own transport". Maknanya bukanlah ada transport je, tapi kenalah juga tau drive transport tu! Lebih-lebih lagi kalau kerja memerlukan sentiasa bergerak seperti bidang sales, wartawan dan MLM memanglah wajib pandai drive.

4. Kerana kecemasan
Kecemasan tak dapat dijangka. Tiba-tiba anak jatuh sakit dan suami pulak outstation..kereta ada tapi sendiri tak pandai bawak. Kan ke sedih macam tu. Oklah, maybe boleh telefon ambulans, tapi kan ke lagi cepat kalau sendiri boleh drive dan hantar anak ke klinik terdekat.

5. Kerana anak-anak
Kalau wanita boleh memandu kan senang nak hantar anak-anak pergi sekolah atau tuisyen ke,lebih-lebih lagi kalau suami wanita tersebut mengambil masa yang saaangat lama untuk bersiap seperti suami saya.Kesian anak-anak tak pasal-pasal kena cabut rumput kat sekolah macam saya dulu. Haha

6. Kerana sistem public transport di Malaysia masih belum efisenKalau sistem public transport kat Malaysia ni efisen. memang tak beli kereta pun tak apa. Ini komuter pun perlahan tahap kura-kura dan mencabar kesabaran. Bukan itu saja, malah ofis saya kat Jalan Duta pun susah nak cari public transport!

Salah ke wahai Bung Mokhtar kalau kaum wanita memandu dengan relaks? Ni pulak statement dari director Malaysian Institute of Road Safety Research (Miros)..
“As a result, men have the general tendency to drive at high speeds, to take chances and be a greater risk on the road,”
Man or woman, who drives better? Personally, I still think it depends on the individual, not gender.

3 superstars:

FXpert said...

Man or woman, who drives better? Personally, I still think it depends on the individual, not gender..

sgt setuju.....

pizli said...

Orang cakap based on gender tu tak fikir guna otak hehe..

Yusri said...

dalam hal ni x kira siapa atau gender...lelaki ramai bawa motor..sebab tu mereka ramai kemalangan

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey