Thursday, February 24, 2011

Sudahkah anda mengaqiqahkan anak anda?

Dengan rendah dirinya saya mengaku the kiddos iaitu Husayn dan Almira belum diaqiqahkan lagi. Masa Husayn lahir hari tu, mungkin dah pening bayar bil hospital sampai dekat RM6,000 sampai tak mengaqiqahkan dia. Umur dia dah dekat 4 tahun ni barulah aku teringat ni, boleh ke macam tu? Tihihi. Si Almira ni pulak tak bolehlah aku nak kasi alasan bil hospital lagi sebab hari tu kena bayar RM15 je kat PPUM tu.

Ok tapi hari ni tiba-tiba tersedar la ni bila terbukak e-mail pasal promosi Aqiqah. Sekarang bukan bayar bil je boleh online, aqiqah pun boleh online jugak. Ni antara website yang dijumpai untuk buat aqiqah:

Program Korban Aqiqah di Kemboja
http://www.korbanaqiqah.com.my/bmportal/

Korban dan aqiqah kat sini akan dibuat kat tempat ramai orang Islam yang miskin kat Kemboja. Rate dia untuk aqiqah RM250 untuk satu bahagian lembu dan RM475 untuk seekor kambing. Macam ok jugak tapi nak tau la siapa yang pernah buat, kot ada review ok ke tak ok.

AQIQAHKURBAN.COM
http://www.aqiqahkurban.com/

Kat website ni pulak kita boleh pilih sama ada daging nak dihantar ke rumah sendiri ataupun nak distribute kat tempat-tempat yang dia letak kat form tu contohnya rumah anak yatim, pusat tahfiz dan kat madrasah/surau. Rate dia ikut kategori Kambing tu sama ada nak KMT1 - 4..aku pun tak faham KMT tu apa. Sapa hebat hal ehwal kambing ni tolong la jelaskan. Aku assume tu gred dia la kot eh? Tapi starting rate kambing dia RM599 seekor.

Adala kot website lain lagi tapi dua ni la yang aku terjumpa. Kalau ada orang nak kata boleh ke anak dah besar dah dekat 4 tahun baru nak diaqiqahkan..Ha ni jawapannya:

2. Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.

* sumber dari website JAIS
Sesiapa ada experience beraqiqah online tu sharing-sharing la ye. Terima kasih!

5 superstars:

atty's said...

takde pengalaman pulak akikah online nie

pizli said...

Aku rasa aku pun akan guna online nanti Intan..

Intan said...

atty's - oo ya ke..takpo la mcm tu..

pizli - eh aku ingat ko dah buat..haa kau try la dulu..nnt ko cite pengalaman kat aku

m@Ri@ said...

wah bagus gak kalau mcm ni kan..em kena fikir2kan dulu..;) nanti dah buat jgn lupa kongsi yek..

pizli said...

Umar dah seekor.. Tapi kena buat lagi seekorla kan? Si Nawal belum lagi..

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey