Wednesday, February 9, 2011

Pakcik Almira dari Mesir sudah pulang

Macam-macam terjadi semasa cuti Chinese New Year.

Ada sedara kawin, ada pengalaman terbeli baju Pride n' Joy harga Rm49.90 yang kusangkakan harganya hanyalah RM19.90 (aku benci kau Tesco! mcm tipu je), ada cuti-cuti Malaysia ke Melaka, dan ada adik sudah balik dari Mesir akhirnya!

Setelah berhari-hari cuba mengkontek melalui telefon dan chat melalui Facebook, inilah budaknya akhirnya sampai di KLIA hari Ahad hari tu.

Suka Almira jumpa pakcik yang dia tak pernah jumpa. Selalu nampak kat webcam je. Tapi kesian pakcik Almira ni, 2 malam dia tido kat airport cairo - dahla paling best bawak balik 2,3 helai baju je. Dah memang gaya ala2 pelarian. Tapi yang bagusnya dia transit kat airport Jeddah dan sempat belikan anak saudaranya yang 2 ketul (anak-anakku la tu!) t-shirt gambar unta dan cokelat Galaxy yang sedap untuk kakak-kakak dan adik-adiknya. Kehkeh.

Keluar dari tempat arrival kat KLIA tu tersengih-sengih, sekali diserbu pulak dengan reporter dan dapat tepukan. Wahaha. Lawak.

Pakcik Almira ni tak naik flight yang disponsor oleh Kerajaan Malaysia dan disambut oleh Najib dan Rosmah di Kompleks Bunga Raya. Ni naik flight bayar sendiri punya je sebab dah tensen punya pasal tunggu kat airport berhari-hari dan tensen tengok pakcik-pakcik pakai topi Barisan Nasional kat airport Cairo.

Tapi tak apalah bayar pun, yang penting alhamdulillah selamat.

Selamat pulang ke Malaysia adikku! Tahun ni boleh celebrate birthday di Malaysia la nampaknya.

2 superstars:

pizli said...

Alhamdulillah.. Belajar jela kat MMU.. Mana tau nanti boleh masuk 8TV dan paper macam kakak dia (tak relevan langsung komen aku)

Liza said...

alhamdulilah, selamat kembali....

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey