Wednesday, January 12, 2011

Menghabiskan hari minggu bersama anak-anak d

Saya adalah sangat particular dalam hal ehwal membawa anak-anak bersiar-siar di hujung minggu. Tanyalah suami saya yang asyik kena lecture dengan saya sebab dia asyik kerja di hari minggu sebab hari minggu kena jugak bawak anak-anak keluar rumah. Duit boleh dicari, tapi spend time dengan anak-anak adalah priceless seperti iklan kredit kad di televisyen.

Dekat pun tak apa, tak kisah. Yang penting dapat menyedut angin segar (ok takdela segar mana, sebab selalu keluar pergi shopping mall.muahaha) Tapi tak rasa ke ada satu perasaan kelegaan dan tenang bila dapat jalan-jalan dengan suami dan anak-anak?

Almira ni yang sebenarnya nak jalan-jalan.Heheh

Husayn suka sangat lori bomba, jadi takkan la nak pergi serbu balai bomba pulak kan. Nasib baik ada lori bomba kat The Curve, jadi di situlah dia meng "woo!" dan "wahhhh!" dengan muka terpegun. Sedang Husayn bersuka ria kat atas lori bomba tu, ada pulak sekumpulan mat indon nak naik jugak. Lantas Husayn berkata "mama..sibuk je orang tu nak naik jugak kan.."

Lori bomba kegemaran di kawasan Lembah Klang

OK memang sibuk pun, jadi terpaksala kami blah dari situ.

Kami juga makan Red Velvet Cupcakes yang dibeli di Cupcake Chic hingga kenyang sekenyang kenyang. Sedap ke? Entahla, ok la kot untuk cupcake yang berharga RM4.90 seketul. Tapi jauh disudut hati, saya still prefer chocolate cake atau cheese cake dan geng yang sewaktu dengannya.

Omm nomm noomm
Saya juga ternampak seorang perempuan breastfeed anak dia kat atas bench di tengah-tengah keramaian orang kat The Curve tu. Wah ini memang selamba, ke anda rasa tak apakah? Entahla, saya rasa agak disturbing sebab dia bukan pakai nursing cover ke apa, dan masa dia selak baju dia saya sudah nampak boobies dia. Wehehe. Saya bukanlah nak judgemental ke apa, tapi entahla tempat tu tempat orang lalu lalang dan crowd di hari Sabtu tau-tau je la kan.


1 superstars:

zatil said...

Salam Intan..agree..mesti bwk anak2 kuar ujung mggu..biar pon g tesco beli brg je..sian diorg kan..

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey