Monday, January 10, 2011

Kenapa Ana Rafalli menang AJL25..kenapaaaaa?

Saya kesian jugak dengan si Ana Rafalli ni sebab ramai pulak mempertikaikan dia menang Anugerah Juara Lagu malam tadi termasuklah saya. Weehehe.

Jujur sejujurnya, saya adalah sangat zero knowledge pasal lagu yang bertanding dalam AJL malam tadi. Serius, lagu yang betul-betul tau cuma lagu Yuna - Cinta Sempurna dengan Faizal Tahir je.

Masa saya dengar keputusan, saya macam eh betul ke ni..ke diaorang tersalah baca. Yang saya tak tahan tengok muka Cheryl macam kelat semacam je muka macam tak percaya jugak.

Tahun ni punya lagu macam best sebab saya baru sedar Loque ada masa jugak, boleh? Dulu sebenarnya suka sangat Loque masa dalam Butterfingers dan lepas tu saya baru tau rupanya A.P.I. tu adalah gabungan beberapa band dengan leading vocal oleh Noh Hujan dan Lan Typewriter pulak tau. Walauwey!

OK sapa termiss performance A.P.I. nyanyi lagu Pelita malam tadi ini lah dia..



Rina Omar in her tweet yesterday, echoes my sentiment exactly..


Some random thoughts about Anugerah Juara Lagu this Year:

1. Artis Malaysia ni suka buat persembahan masa AJL sekali dengan sketsa lakonan kan? Why ya?

2. Lawak Faizal Ismail tak kelakar langsung. Ada beberapa kali rasa nak lempang je dan berkata diam boleh tak. Takde skrip kah? MC annual dinner ofis saya pun lagi ok kot dari Faizal Ismail. Isk.

3. Muka Cheryl yang terkulat-kulat masa announce Ana Rafalli menang tu memang priceless. Dia pun macam tak percaya macam mana saya pun nak percaya. Tehehe.

4. Lagu Shahir tu kesian sebab ada perempuan baca sajak yang sangat distracting dan kacau lagu

5. Suka sangat tudung Yuna! Dan suara dia adalah sangat haunting

6. Macam ironic sebab lagu Drama King tu orang kata lagu pasal Lan Typewriter tu. Dan Lan pun ada perform malam tu jugak. So rasa macam ironi la. Tapi tak suka sangat Meet Uncle Hussain sebab Lan dah takde.

7. Patutnya Black menang vokal terbaik. Kenapakah di beri kepada mamat rambut seperti sarang tebuan itu?

8. Siapakah awek body mantap pakai skirt pendek berdiri sebelah Ahmad Idzham Omar masa penyampaian hadiah? Heheh

Oklah tu je, tahniah Ana Rafalli. Dapat RM35,000 boleh beli baju kurung lip lap lip lap pulak. Heheh.

3 superstars:

zamdee said...

mungkin sebab ada Persembahan Terbaik membuatkan perlunya ada sketsa lakonan.. hendak diupah orang yang mahir, mesti melibatkan kos..

mungkin juga dengan melakonkan sketsa lakonan, pengarah filem boleh mengambil mereka menjadi pelakon suatu hari nanti.. mana lah tau, ehehe..

mmg kasihan juga kat Anna Rafalli tuh tp itulah pertandingan.. dia cuma tulis lirik, adjust irama then nyanyi.. keputusan bukan kat tgn dia.. AJL nampak nyer dah lebih pilih pemenang dari segi lirik.. mungkin kita tak paham tapi M. Nasir lebih paham..

apa lagi, belajar main gitar & tulis lirik.. then upload YouTube, mana tau ada komposer yg tgk.. boleh larikan diri dari 'manusia paling mennjengkelkan kat opis' dan 'bos yang baik hati' tuh, ehehe..

Nurul said...

masa part persembahan Black - Sofea jane, dah tertidur..hehehe

sesemut said...

no 4 . akakk yg baca sajak tu nasha. tapi mangkuk tv3 cameraman tahun ni tak reti nak fokus camera kat barang hidung nasha.
yg yuna diorg fokus dekat2.
yg tomok menari step langsung yg lari tu diorg fokus besat semut.
x paham.. tak paham.

anyway , yg pasti i tido dah masa lepas lagu shahir n jaga exactly masa start umum tempat ketiga.
n ramalan bodoh menjadi..muahahhah

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey