Wednesday, January 26, 2011

Kawan saya Pizli bin Mat Wazip

Ini adalah kawan saya Pizli. Pizli adalah seorang hot videographer yang telah berjaya di shortlisted di Nestle Fitnesse "Shape Up Your Lifestyle" 14 Day Challenge. Tengoklah gambar dia di atas, dah macam Jihan Miskin gue tengok. Muahaha.

Hari tu saya janji nak buat special post untuk dia kat blog ni untuk meraih undi, tapi disebabkan saya ni kawan yang tak berapa nak bagus telah terlupa dan baru tersedar undian kat website The Star tu sampai 23 Januari je rupanya!

Ampun wey kerana aku telah teralpa seketika. Heheh. Tapi takpe la Pizli, aku doakan kau dapatlah voucher Nike yang kau idam-idamkan tu. Heheh.

Kurus tau kawan saya Pizli makan Nestle Fitnesse ni, 14 hari turun sampai 3kg. Bacalah journal dia kat The Star Online ni ataupun jika ada peminat yang ingin tahu lebih lanjut kemantapan Pizli bolehla ke blog dia - http://besout.blogspot.com

Sebenarnya hari tu konon-konon saya pun nak masuk contest ni, sebab bercita-cita nak menang one year supply Nestle Fitnesse ni. Kebetulan pulak saya memang makan cereal ni dan sekotak kalau beli kat Speedmart RM11.40. Kadang-kadang tak sampai seminggu dah habis. Tak ke best kalau dapat free supply setahun. Jimat sikit kan.

Siap dah ambik gambar sikit-sikit nak masuk contest buat journal, tapi akhirnya tak jadi sebab asyik tangguh-tangguh. Tengok-tengok dah selamat tarikh ditutup.

Kalau tak mesti dah hantar gambar-gambar ni:

Aktiviti bermain futsal bersama si masammel (si masam yang comel). Haha

Serius sedap Nestle Fitnesse ni. Hari tu masa pregnant berat sebelum bersalin 80kg. Sekarang berat sudah 60kg.Woot woot. Hihihi. Tak tau lah sebab makan Nestle Fitnesse ni ke apa, tapi ok lah. Ni bukan advertorial ya, ni review ikhlas. Kehkeh

Kesimpulannya, kalau kau menang 1 year supply Nestle Fitnesse ni Pizli, adalah wajib kau kasi aku Nestle Fitnesse ni - ala 2,3 kotak pun ok. Aku bukan demand sangat pun. Hihihi.

2 superstars:

pizli said...

Wahahahahahaha..

1) Aku malu dengan perkataan "kemantapan" kau tu..
2) Itu gambar aku baru lepas exercise, so aku rasa confident nak ambik gambar
3) Macamana aku nak menang? Semua orang dalam tu tipu vote. Dalam masa setengah jam naik puluh² ribu votenya.. So aku benci dan dah lupakan contest tu..

Tapi memang Nestle Fitnesse & Fruits is the most delicious cereal of all time. Semua patut try.

supermummy said...

wahaha aku tak tahan ayat kau konfiden nak amek gambar tu..mmg ala2 jihan miskin kau ni.kehkeh

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey