Thursday, January 6, 2011

Jangan jadi manusia menjengkelkan yang dibenci semua orang

Saya ingat saya nak tulis resolusi 2011 kat post hari ni.

Tapi hari ni nak luahkan perasaan.

Tahun lepas ada seorang manusia yang paling menjengkelkan kat ofis saya ni - dia tanya saya dan a few colleagues. Soalan dia macam ni..

"Apa aktiviti yang selalu buat masa weekend?"

My colleague sorang ni single so dia cakap la suka jalan-jalan ke masa weekend, lepas tu ada sorang lagi ni jawab dia tolong laki dia bisnes. Lepas tu turn saya lah pulak menjawab. Saya cakap lah saya suka spend time dengan husband + anak (masa tu baby Almira dalam perut lagi, so Husayn je ada) sebab kalau hari kerja tak sempat kan. Jadi time weekend la nak bergolek ke, berjalan ke, tak kisahla apa pun janji bersosial dengan anak.

Lepas tu tahu tak apa manusia menjengkelkan ni cakap?

Dengan muka penuh sombong dan berlagak sikit, dia kata saya tak happening sebab spend time dengan anak. Lepas tu bole pulak tambah cakap dia la paling happening sebab dia suka travel sana sini, pergi music festival, yadda yadda.

Really, saya tak kisah la dia nak travel ke, buat apa2 la dia suka tapi muka eksyen tak bole blah dia tu memang rasa macam nak lempang-lempang je. Tau la kau tu tak ada anak, tak ada laki, tak perlulah nak kata orang lain macam tu. Nasib baik masa tu saya pregnant jadi saya memang penuh kesabaran.

Tapi sejak lepas bersalin ni, kemarahan semakin meluap-luap dan tak pernah la saya ni nak kurang ajar dengan superior, tapi dengan manusia sorang ni nak senyum pun rasa tak boleh dah.

Motivasi, Motivasi! Saya memerlukan motivasi tahap tertinggi!

Bila balik kerja dan tensen, inilah dia orang yang menghiburkan hati.
Tak happening pun tak pe lah wey

8 superstars:

pizli said...

Orang tu boleh pergi mampos.. kalau depan aku, aku tendang muka dia.. serious!! (aku pulak terasa)

Zatil said...

salam intan..ni 1st time nak comment..

org cem gitu sbnarnye loser..but pretend not to be..hehehe..

Sh@MytO iDi said...

haha..nmpk sgt dat person jeles coz she's not married yet!! tp dlm hati die..ntah2 sentap pk biler nak ade family sendiri..
so let it be...=)scor

M for MYSTICAL said...

salam!

dia sebenarnya tertekan sebab ....puas la dok buat diri so happening..BUT still not happening enough..balik rumah...still alone.

Orang yang belum berkeluarga will not know...how "happening" it is when you have kids....til they have kids :)

Ms.Lilies said...

ni skrg sapa yang tak happening ni hahahaha...
diala tu pasal kena pk mende apa nak buat tetiap weekend...

anak is the best thing ever have kan?meroyan gamaknya org tu

supermummy said...

pizli, aku takdela tahap nak tendang dia..tapi aku mmg sakit hati yang teramaaaat la

zatil, tu la..maybe dia nak sedapkan hati dia je kot..

sh@myto, betul..tapi sentap2 pun tak payah la nak mengata2 orang..suka hati la kan apa kita nak buat selagi tak salah pon

m for mystical, so TRUE!

Ms Lilies, exactly..anak is the best thing ever and syukur alhamdulillah i've been nlessed with 2 kids on my own!

Farah said...

hahaha kesian kat orang tu..kite dah sah2 balik rumah ade orang sambut.die balik umah sorang2 sebab tu kena kluar sana sini nak cari teman.kesiann.

Nurul said...

wahh...spending times with husband and kids are so heaven...maafkanlah dier sebab tak dpt nak rasa nikmat tuh lagi..huhuhu

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey