Tuesday, December 14, 2010

Hijau seperti Incredble Hulk tidak bermaksud saya adalah pemarah dan garang


Hari ni saya adalah hijau, jadi saya rasa seperti incredible hulk.

Kelam kabut sikit hari ni sebab pagi tadi Almira demam sikit jadi dia sudah pandai ber'clingy' semasa demam. Tiba-tiba dia terjaga waktu pagi nangis kuat-kuat, tapi biasalah dia kalau nangis memang suka nak dramatik. Kalau jiran-jiran dengar mesti ingat dia kena dera dengan mama nya. Lepas tu saya dukung, dia diam sekejap, lepas tu merengek nak suruh goyang goyang sikit. Serius boleh gagah lengan angkat Almira ni. Lepas dia tertidur sikit, saya baringkan dia balik atas katil, tapi nangis meraung raung pulak.

Jadi terpaksala dalam ngantuk dukung dia, sambil goyang goyang sikit. Kalau dah besar nanti buat perangai memang zass akan ku sebat punggungnya, sebab letih mama bangun malam-malam dengan nak pergi kerja lagi pagi-pagi dan mengadap bos yang agak menjengkelkan.

Kes Almira nak didukung je ni pun mungkin salah saya juga. Masa dalam pantang mak saya asyik bising suruh tidurkan Almira dalam buai. Tapi saya memang degil masya Allah buat dek je sebab saya fikir nanti bila dibiasakan tidur buai jenuh la nak mengangkut buai merata rata. Jadi hasilnya memang Almira tak kisah pun tak ada buai, tapi dia nak dukung lah. Padan muka kan. Haha.

Cuba tengok lengan Almira. Takut tengok ketul ketulan tu sampai berlipat lipat. Lepas tu cuba tengok abangnya yang sibuk jugak nak duduk dalam playgym tu. Abang yang bernama Husayn ni pulak asyik rasa macam mama nya ni kurang kasi kasih sayang kat dia. Semua permainan adik pun dia nak kebas. Sambil tidur pun ada habit suka tonyoh tonyoh pipi adik yang gebu. Kalau setiap kali saya membebel kat Husayn pasal jangan kacau adik ni saya dapat seringgit, mesti saya dah boleh beli pakej Air Asia ke New Zealand sekarang.

Takpe la ya Almira sayang, maknanya abang mu tu sayangkan kamu walaupun dia agak ganas tapi dah tu cara dia nak buat macam mana kan. Tapi saya agak tak puas hati sebab semalam auntie jiran rumah sebelah cakap Almira kiut macam abahnya. Terasa tau saya ni auntie ke auntie saja nak kenakan saya sebab saya selalu cakap muka auntie macam muka Misae iaitu mak Shin Chan?

5 superstars:

pizlimw said...

Hahahahahahah.. cure mcm abahnya hahaha...

supermummy said...

hahaha eleh kalau orang kata umar tu cute mcm kau..kau pon mesti bangga kan..haha

Liza said...

jeles, you look so slim!!!

supermummy said...

Liza..slim kat muka je tu..jangan tertipu..perut ni ha moncetttt.kehkeh

ilyia nur ab rahman said...

wah..baby girl kamu membesar dgn sehat n comel..lama tak baca blog ni..bdw..join this contest k!

http://ilyianur.blogspot.com/2010/12/most-adorable-baby-contest.html

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey