Sunday, October 31, 2010

Kenapa saya berblog?

Saya baru sedar dah 2 tahun lebih saya berblog. Walaupun blog ni takdelah hebat mana tapi saya bersyukur sebab dengan blog ni memang banyak juga opportunities lain yang datang. Seriuslah, kalau takde blog ni memang takde kot peluang nak keluar kat tv ke, surat khabar ke atau pun menang contest. Bukan saya je, tapi saya tengok sekarang jadi bloggers memang macam2 peluang ada, ada yang macam selebriti dan hebat sekali ada jugak online cliques yang gaduh dan kutuk-kutuk sesama blog dah macam high school dalam movie Mean Girls la pulak. Kihkih.

My 15 minutes of fame. Wahaha

Tapi tu lah start masa pregnant hari tu memang ada penurunan dalam memblogging tahun ni. Kalau dulu tiap2 hari update, sekarang seminggu sekali kot sebab memang tak sempat dek non. Datang ofis dah buat kerja seperti orang gila - kadang2 tu kalah orang kerja swasta. Ni betul sebab saya dulu kerja swasta selama 5 tahun jadi saya faham lah jugak macam mana culturenya. Balik rumah pun kadang-kadang kena buat kerja jugak. Memang kehidupan agak tunggang terbalik, nasib baik duduk ngan parents kalau tak tak boleh nak bayangkan keadaan rumah tu macam mana.

Kadang-kadang saya ada jugak fikir kenapa saya berblog? Adakah kerana untuk extra income, untuk jadi popular, untuk kongsi cerita pasal family dan kehidupan? Saya pun tak tau kenapa tapi untuk extra income to memang ya kot, popular tu macam tak je dan kongsi cerita tu saja je lah sebab blog ni macam diari nak ingat balik memori pasal anak-anak ke. Tapi saya tengok ada jugak orang yang buka blog sebab nak tiru orang lain - tapi on positive thought agaknya blogger tu dah menjadi idola dia ke kot kan.

Sekarang dah nak tahun ketiga, agak-agak 5 tahun lagi saya masih selalu update blog ni ke tak ya?

1 superstars:

oli said...

soalan yang baik kan...kenapa saya blogging kan?

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey