Wednesday, September 22, 2010

Bersedih kerana terlupa bawa Milo 3 in 1

Saya kurang gembira hari ni sebab datang ofis dan terlupa bawak Milo 3 in 1. Penting Milo 3 in 1 tu sebab saya adalah seorang kilang susu untuk baby Almira. Nak turun bawah pergi kafe beli Milo macam agak malas (kalau rajin mesti dah gembira.wahaha). Di kala-kala inilah pulak tiba-tiba terbukak handphone dan tertengok gambar Creme Brulee Macchiato yang lazat diminum kat Starbucks hari tu.


Anda semua selalu melepak dan minum berbondong-bondong kopi di Starbucks kah? Teringin jugak nak something ice blended tapi husband sudah warning tak kasi minum ais sebab Almira kena selsema la pulak.

Dah lama tak pergi Starbucks sebenarnya, saya pun bukanla pemurah sangat nak minum air berbelas-belas ringgit segelas. Haha. Tapi hari tu makcik saya belanja. Lepas tu dia belanja cheese cake tapi dah dihabiskan dengan budak 3 orang ni sampai berebut.


Suspek utama yang telah menghabiskan cheese cake tersebut iaitu anak makcik saya lah.

Lepas tu dia beli pulak kek apa tah cacak2 ni. Sedap wey!

Kesimpulannya bulan Syawal bukanlah bulan yang sesuai untuk diet sebab ada banyak open house di rumah kawan-kawan, saudara mara dan di ofis juga, lepas tu ada pulak makcik yang nak belanja kek-kek ni.

Sia-sia sajalah berat yang turun semasa bulan puasa. Isk isk.

2 superstars:

Whitetulip Tales said...

Hm...sedapnyer kek ngan milo tu eh...rasa nak cari pula arini.

Salam Aidilfitri, maaf zahir & batin!

Arin said...

arin kalau keluar, selalu nye akan guna baby carrier. senang. nak kejar yang sulung pon senang while carry the baby..

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey