Tuesday, August 10, 2010

Bayi ada payu dara sebab minum susu tepung

Ok dalam bosan2 di waktu petang ni ada berita yang saya terjumpa kat Forum Cari:

Bayi ada payu dara sebab susu tepung

BEIJING - Bayi-bayi perempuan di China mengalami tumbesaran payu dara seperti wanita dewasa setelah mereka diberi minum susu tepung yang dicemari hormon, lapor sebuah akhbar semalam.

Senario menakutkan itu membangkitkan kemarahan ramai ibu bapa di tengah China yang bimbang tumbesaran pramatang tersebut berpunca daripada sejenis susu formula yang mereka beli.

Sebelum ini, seorang pegawai perubatan di Hospital Bersalin dan Kanak-Kanak Hubei, Yang Qin memberi amaran supaya orang ramai tidak membeli susu tepung keluaran sebuah syarikat tempatan, Synutra.

Amaran tersebut dikeluarkan setelah ujian perubatan terhadap tiga bayi perempuan yang meminum susu formula tersebut menunjukkan kandungan hormon dalam badan mereka jauh lebih tinggi berbanding wanita dewasa.

Horrornya! For English version boleh baca sini untuk :

Fury in China as female babies grow breasts after drinking milk laced with hormones




2 superstars:

Hanz said...

ngerunyyer intan...syukur kiter yang BF anak2, kan..

Salam Ramadhan to u.. :)

supermummy said...

hi hanz..salam ramadhan to u too! tu la..mmg syukur dpt jugak menyusukan anak sbb ada jugak orang yg tak dpt susukan anak sendiri kan..

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey