Friday, July 9, 2010

Macam mana baby Nur Almira Latifa lahir ke dunia

Dah seminggu melahirkan anak, hari ni baru terbuka hati nak update blog. Hihi. Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan Nur Almira Latifa pada hari Jumaat, 2 Julai yang lepas. iaitu 9 hari lebih awal dari due date sebenar. Walaupun penuh drama akhirnya saya telah berjaya juga bersalin normal. Sakit tu memanglah, tapi rasa sungguh bersyukur. Jadi sekarang duduk saja di rumah berpantang.

Sakit contraction hari tu start pukul 11 lebih malam. Mula-mula tu macam konfius sebab dah berapa kali terkena contraction tipu-tipu ni. Masa tu tengah surf internet jadi saya pun rileks je la tahan sakit sebab boleh di tahan lagi.

Lepas tu dah pukul 12 lebih tu sakitnya makin bertambah-tambah. Husband masa tu takde kat rumah, jadi saya pun telefon la dia suruh balik. Kang kalau nak terberanak sangat tapi dia takde memang naya je. Dahlah saya ni takut sangat nak bersalin dan daya ketahanan sakit tu pun kurang. Tak lama lepas tu Husband balik dan saya pun suruh la dia kasi backrub sikit supaya lega. Time ni contraction tu macam dah regular tapi bila check takde pulak apa-apa tanda.

Pukul 2 pagi camtu saya cakapla kat husband jomla kita pergi hospital. Boleh pulak dia cakap takde turun tanda pun, so kita orang pun boleh pulak rilek dulu. Tak lama lepas tu start la sakit yang amat-amat. Yang kelakar saya pun boleh rilek je takde pulak nak rush pergi hospital walaupun sakit macam tu.

Dekat pukul 4 pagi tu memang sakit tahap tak dapat di tahan sampai saya baca Yassin kat iPod. Tapi sakit sangat pun takde turun tanda jugak jadi kitaorang still kat rumah. Haha. Sekali dah pukul 4 lebih tu tiba-tiba air ketuban pecah. Apa lagi saya pun menjerit la sebab lepas tu dah rasa nak terberanak sangat-sangat. Saya suruh husband panggil mak saya dan lepas tu terus cepat-cepat siap gi hospital.

Dalam kereta tu pun air ketuban keluar lagi dan saya yang pengecut ni dah meraung sakit sangat. Mak saya sampai asyik cakap "tahan dulu..jangan beranak lagi", tapi saya asyik cakap tak tahan. Haha. Time dah nak bersalin ni pulak boleh still tak decide nak bersalin kat hospital mana. Hari tu plan nak bersalin kat Selayang atau Sungai Buloh, tengok-tengok dah time panik tu pergi je la PPUM.

Bila sampai tu ada sorang nurse ni bising la jugak sebab air ketuban saya semua menitik-nitik sebab datang pakai kain batik je kan. Rasa nak tampar je muka dia tapi nasib baiklah saya ni sakit sangat, terus di tolak ke labour room. Dalam labour room tu ada sorang Dr lelaki arab ni yang seluk cek bukaan, time tu memang dah tak kisah dah. Nak seluk pun seluklah sebab contraction tu sakit teramat. Time tu pukul 5 pagi dan memang lah dah bukak 10cm time sampai tu.

Nasib baik lepas tu yang handle dr perempuan dengan ada nurse la. Diaorang ajar cara nak push semua. Saya kan lahirkan Husayn dulu kena c-sect jadi tak pandai sangatla nak push ke apa. Tapi baik jugakla dr ngan nurse2 tu sabar je ajar saya. Kat PPUM husband tak boleh masuk, tapi pada saya bagus jugak husband tak boleh masuk sebab kalau tak saya mengada lebih sikit. Bila husband takde baru semangat nak push, haha bole tak macam tu?

Push punya push, last2 baby Almira keluar pukul 6.37 pagi. Letih gila sebab sejam setengah tu habiskan masa push. Bleeding banyak jugak sebab dr kata saya hilang dalam 500cc darah, dan esoknya tu dr masukkan 2 beg darah. Masa di jahit tu boleh tahan sakit jugak tapi bermacam macam bius dia kasi, jadi saya tahan je la. Tapi tu lah pengalaman pertama tengok baby dilahirkan dan memang rasa bersyukur sangat dapat jugak lahirkan anak secara normal.


Nur Almira Latifa lahir dengan berat 3.2kg, ringan sikit compare dengan Husayn yang dulunya 3.6kg. Tapi tu la, muka still montel dan yang paling bagus anak saya ni dia sopan je sebab nangis pun tak kuat sangat dan tidur je kerjanya. Hehe. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang wish kat FB, Twitter dan lain-lain. Walaupun tak sempat nak balas setiap satu, tapi saya sungguh terharu. Haha. Ok lah, nanti kita sambung lagi cerita hospital pulak ya.

Babai!





18 superstars:

Arin said...

bab tak decide g sepital mana mmg lawak la. tapi kalu selayang mmg terbaek la kat sana.
take care!

Dee said...

congrats sis..lenkali jgn buat lagi ye..dh sakit tu cepat2lah pegi hospital..sib baik x terberanak dlm kereta..hehehe..wah..dh sepasang..jeles nih..

Hanz said...

Alhamdulillah Intan, selamat sudah..dah lama me tak jengah sini.

Happy BF & selamat berpantang. :)

ropol said...

tenang je anak ko ni tido eh... tetibe teringat dulu kitorg panggil ko sitenang...hahaha

KambingBujang said...

congrate for newborn BB.. agree sssgt bler hubby tak teman kiter, kiter akan rase lebih tabah n bsemangat tuk push..no manja2 n yg sewaktu dgnnya..

yatie chomeyl said...

congrates on ur newborn..sgt comel..muka macam u :)

pizlimw said...

Tahniah Intan, aku bangga dengan kau sebab bagi doktor seluk.. Bab-bab lain aku tak peduli sangat..

Semoga beranak 8.. Aminn

~ Lady ell ~ said...

Alhamdulillah...
sebijik muka mummy time ni...minggu depan mesti berubah lg rupa dier..

slmt berpantang!

Liza said...

Alhamdulilah, dah selamat, congrats!!!

alamaya said...

tahniah fot ur newborn......ni buat rasa nak tambah lagi satu..keke

z a w a n i b a d r i said...

congrats :)

supermummy said...

arin
tu la kalau awal2 pegi spital bole kot gi selayang.hahah

dee
ahaa tu la pasal. konon2 nak tunggu turun takde.sekali ha amek kau..haha

hanz
terima kasih!

ropol
tu la pasal. aku pon gembira je la.dia bangun merengek nak susu je.heheh

kambingbujang
tu la.kalau ada husband silap2 i pon kena c-sect lagi

yatie chomeyl
alolo..tenkiu!

pizlimw
hahaha lawak la kau.time tu dah sakit sgt.seluk pon tak rasa

ladyell
tu la..muka baby selalu berubah2kan..

liza
tenkiu so much!

alamaya
meh tambah satu lagi..kasi meriah!

zawanibadri
tenkiu so much!

azura said...

congrates!!!!!! so happy for you :) alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

zamdee said...

tahniah yer :-)

baca cerita ini, tetiba rasa rindu sgt kat Intots, huhu..

supermummy said...

azura
thank you!

zamdee
terima kasih..aik..sekarang outstation ke apa yg rindu kat intot ni..hehehe

samasam said...

congrats lalat! camna la rupa ko jadi mak ye skrg :) hehe


samzahri

Just said...

Congratz on your newborn princess. Best kan bila dah dpt sepasang.. :D

da' ;)) said...

congrates :>
name kite dekat2.hahaha.
pas ni keliru la klo org pggl name 'mira'.hehehe


btw,selamat dtg k dunia ni,mira.

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey