Wednesday, July 21, 2010

Luahan hati ibu dalam pantang

Hari tu puji Almira sangat sebab dia asyik tidur, ok tapi rupa-rupanya baby girl ni telah merahsiakan sesuatu daripada saya. Almira sebenarnya adalah bayi yang suka sangat bangun pada pukul 1 pagi ke atas. Kalau bangun je dan nak susu badan tak kisah sebab boleh susukan di sambil baring (dan sambil tidur juga! haha) tapi Almira sangat pandai dan dalam tangisan suruh saya duduk dan berjaga sama dengan dia.

Dia sebenarnya suka didodoi, dipeluk, didukung dan dibelai penuh kasih sayang. Memang bagus, tapi janganlah tak tidur langsung dari pukul 1 pagi sampai ke 7 pagi wahai anakku. Kesianlah mama mu ini sebab kadang-kadang sampai tertidur sambil duduk.

Dahla baru teringat belum sunatkan baby lagi. Boleh tak terlupa?

Husayn pulak ada perangai baru iaitu nak pakai seluar panjang je kat rumah ni. Masalahnya kebanyakan seluar panjang dia tu seluar tidur, sebab sebelum ni saya selalu beli seluar yang tak berapa nak panjang. Jadi sekarang ni waktu siang pun dia pakai seluar tidur, waktu malam pun seluar tidur. Hahah.

Mama sungguh lega apabila 2 ketul budak ini sudah tidur sebab mama pun boleh tidur dengan aman juga!

Kat Astro pulak asyik takde movie best. Perlukah ulang movie seperti My Girl, Ironman dan Teen Wolf beberapa kali sehari. Bukanlah saya nak kata movie tu semua tak best, tapi banyak sangat ulangannya sampai dah naik tekanan. Akhirnya terpaksa saya layan Keeping Up with the Kardashians atau Giulianna & Bill. Ok sebenarnya saya teringin nak tengok Inception tapi semalam saya download dari internet tapi file tak bole bukak pun. Kurang asam lah. Semua orang asyik kata Inception tu best jadi saya pun teruja betul nak tengok.

Tapi dalam bosan takde movie best tu, waktu sebenarnya berlalu dengan cepat. Sekejap sebenarnya kan cuti bersalin 2 bulan ni? Heheh.


3 superstars:

pizlimw said...

Intan, masa kau cakap baby kau si tenang hari tu kan, ringan je mulut aku nak cakap "belum lagi tu"... Hahaha.. Selamat..

supermummy said...

pizli..kau patut kasi aku amaran awal2 supaya aku bersedia..hahaha..letih gilaaa macam niii..

pizlimw said...

Nanti dah dekat 2 bulan, time cuti nak habis tu dia dah pandaila adjust tidur dia.. Somehow si Nawal tu tidur elok je bila mama dia nak start kerja.. Haha..Takpela Intan, setahun je kerja keras dah besar nanti relax sikit kita.. Hehe..

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey