Tuesday, March 16, 2010

Maxi dress dan kuey tiow doli

Salam 1 Malaysia,

Haha, rasa macam pembaca berita RTM 1 pulak. Saya telah pergi ke Taiping di hari minggu baru-baru ini kerana adik ipar saya sudah kahwin, tapi tak banyak ambik gambar kecuali gambar diri sendiri sebab malas nak keluarkan kamera. Eh tapi ni ada muka saya yang telah mengembang paling baru sekali:

Ok silalah abaikan si penyibuk kat belakang yang sibuk nak enterframe tu. Kembangkan saya? Ataupun maxi dress tu yang terlebih kembang? Haha, tapi sukalah pakai maxi dress masa pregnant sebab senang nak ke toilet, senang angin nak masuk so takdelah panas sangat. Ada satu lagi gambar saya pakai maxi dress tapi kat kamera dan kamera tu usb cable nya entah ke mana la pulak.

Lepas tu sempatlah singgah di kuey teow doli kat Taiping. Femes jugak kan kuey tiow ni? Entahla tapi saya rasalah, no offense to peminat kuey tiow doli, rasanya biasa je la kot. Ataupun ni hanyalah lidah ibu mengandung. Haha. Saya makan kuey tiow biasa RM4, tapi pinggan cikenit je. Dahla saya tak dapat habiskan pun. Mungkin saya patut order yang kuey tiow special harga RM9 supaya lebih kick dan mungkin dapat habiskan. Tapi hebat doli ni dah bukak branch kat Taman Tun. Jadi sesiapa teringin takyah la pegi Taiping.

Oklah, ini sahaja update hari ini. Saya sudah pening sebab kerja banyak sangat. Babai!



0 superstars:

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey