Monday, March 8, 2010

Lagu bermain di dalam kepala, macam mana mau berhentikannya?

Jangan tanya kenapa sekarang asyik nak blog dalam BM. Saya pun tak tau kenapa, takpe la kot kan? Kalau nak baca tulisan saya dalam English silalah ke intanzalani.com. Kat situ memang 100% English punya takde stail rojak macam kat sini.

Eh pernah tak tiba-tiba ada lagu masuk dalam kepala lepas tu lagu tu main je kat dalam kepala sampai kita rasa tensen? Saya selalu macam tu dan solutionnya adalah kena dengar lagu yang main dalam kepala masa tu jugak untuk menyahkan lagu tersebut agar keluar. Tapi masalahnya kalau tiba-tiba lagu tu masuk dalam kepala masa dekat ofis memang tensen sebab tak boleh nak download mp3 masa tu jugak untuk dengar. Sebenarnya point saya hari ini adalah, sekarang ni pun ada lagu ni tiba-tiba masuk dalam kepala tak nak keluar. Ni lagunya.



Hari tu asyik kutuk adik sebab dia suka sangat dengar lagu Wonder Girls - Nobody But You ni. Tapi yang geram hari ni lagu tu masuk dalam kepala sampai terpaksa bukak lagu tu sekejap. Ok sebenarnya mengakulah bila dengar lama-lama macam catchy pulak. Dulu masa zaman universiti pernah la sekali lagu nasyid Raihan masuk dalam kepala. Dahla masa tu nak pergi kelas. Last-last terpaksa nyanyi lagu tu sendiri tapi perlahan la sebab kalau tak sampai naik tensen lagu tu ulang-ulang tak berhenti.

Kesimpulannya entahlah. Ada ke pun cara biar lagu-lagu ni semua tidak menghantui pemikiran? Sebab benda berlaku tanpa disedari, tiba-tiba dah bermain tanpa henti, macam mana kah mau diberhentikan? Urgh.




2 superstars:

Liza said...
This comment has been removed by the author.
Liza said...

kena dgr lagu lain to overwrite that song...susah tu

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey