Wednesday, March 3, 2010

Jangan asyik merungut, marilah kita bersyukur!

Saya patut berkata syukur alhamdulillah kerana dua bulan lepas muka saya macam ni:

Hari ini sudah begini pula:

Walaupun ada kesan jerawat sikit sikit tapi masih boleh ditutup dengan concealer. Jadi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada produk Himalaya dan Clinique kerana telah bekerjasama dengan baik membersihkan muka saya. Tensen gila ada jerawat banyak hari tu sebab orang asyik tanya "kenapa muka naik jerawat ni?" Memang benci soalan tu.

Saya juga patut mengucapkan syukur alhamdulillah kerana akhirnya telah berjaya mempunyai laptop sendiri! Hurey! Kat rumah dah ada wifi ihsan dari ibu bapa, tapi nak jugak broadband sendiri sebab nak bawak pegi ofis. Ofis ni ada jugak wifi tapi yang kejamnya banyak sangat website dia block. Sekarang saya sudah naik bengang mungkin patut tulis surat layang.

Saya juga patut mengucapkan syukur alhamdulillah shirt untuk pergi kerja semua dah ketat di perut dan saya agak tensen pakai baju kurung semasa pregnant sebab zip tak boleh dipasang kerana ini adalah alasan kukuh untuk beli baju lagi! Tapi yang tidak menyeronokkan nak kena guna duit la pulak. Haha.

Oklah ini adalah sebuah entry berfikiran positif sebab sekarang memang berat fizikal dan mental nak pergi kerja. Jika hari ini bersyukur dengan banyak pasti rezeki banyak lagi! Amin. Babai pembaca ku yang setia walaupun kadang-kadang saya tak update pun blog ini.

Tapi blog intanzalani.com ada update. Marilah pergi! Sesiapa nak exchange link atau nak listkan blogshop pon bole. Tinggal je msg kat Bloggers Directory atau Online Shop Directory. Kami menerima segala jenis blog dan kedai. Trimas! (ok sebenarnya saya benci gila perkataan trimas ni sebab teringat dulu Ritchie Rahman suka sangat sebut perkataan ni dalam majalah remaja. Urgh!)




5 superstars:

Arin said...

richie rahman ada tuh hari dalam satu program kat Tv9.tak ingat apa nama program.Tai yang top 10 list artis itu la, artis ini la..

Farah said...

intan,sila rekomen product himalaya and clinique mane yg u pakai (i mean pencuci muka ke,krim ke)..muka i skang pon dah start naik jerawat..dah tak sesuai dengan product yang i pakai skang kot..kena start carik product lain ni.

zh-ena said...

wah licin dah muka

supermummy said...

arin..aah tau tau program tu..sbb hari tu ada tertgk..haha..menyampah tgk muka richie rahman tu..

farah, ala i hari tu pon trial and error je..himalaya i pakai pencuci muka foaming face wash, lepas tu kalau ada jerawat letak pimple cream dia tu cepat jugak surut. lepas tu pakai neem face pack utk mask. muka rasa lembuutt..utk hilangkan kesan jerawar pakai clinique turnaround concentrate visible skin renewer. tu je la produk setakat ni..hehe..good luck!

zh-ena
takdela licin mana..tapi ok la dari 2 bulan lepas tu..horror masa tu!

qaseh masyitah said...

wah dah oklah muka intan.
susah jugak kan nak carik products yang kena dengan kita.

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey