Tuesday, February 9, 2010

Toddler tantrums adalah norma-norma kehidupan

Aksi mengamuk pertama: guling-guling atas lantai

Aksi mengamuk kedua: Buat muka muncung sikit

Pernah tak tengok je anak anda bila dia start buat perangai dan tiba-tiba anda terfikir sendiri "ya Allah..tu ikut perangai buruk aku la tu!" Hari tu Husayn mengamuk dan start baling-baling barang lepas tu mak saya cakap "isk..ni ikut perangai siapa la ni..nak kata ikut perangai abah, abahnya senyap je.." Masa mak saya cakap ni saya rasa nak tergelak tapi malu pulak nak menyampuk yang sebenarnya Husayn tu ikut perangai saya. Contoh sikap tidak baik yang agak obvious adalah:

1. Kurang sabar
Saya ni agak kurang sabar. Contohnya kalau suami saya kata dia nak ambik pukul 5.30 petang. Tapi pukul 6.30 baru sampai, memang saya akan hangin sangat-sangat. Jadi saya bersyukur sebab sekarang drive sendiri jadi kuranglah sikit potensi darah tinggi.

Contoh untuk Husayn pulak, kalau tiba-tiba dia kata dia nak susu tapi kita buat rilek je. Mulalah dia start mengamuk menjerit-jerit macam dah berapa hari tak makan. Yang paling tensen kalau dia terbangun tengah malam lepas tu menangis jerit-jerit macam ibu bapa mendera dia pulak. Haha.

2. Suka baling barang
Ini sikap yang buruk ya tuan-tuan dan puan-puan. Bila saya geram sangat saya start baling barang-barang. Tapi saya pastikan lah keliling takde orang.

Husayn lain pulak. Tak kisah ada orang ke tak, main baling je barang-barang especiall toys dia. Ni kira macam bila dia mogok tak puas hati la.

Kesimpulannya, kalau pregnant rilek sajalah. Jangan marah-marah dan bawak bertenang. Tapi macam mana saya nak bawak bertenang kalau si Husayn ni tak boleh duduk diam walau sekejap, bila saya bising dia boleh jawab "mama..adik nak sepahkan toys lah" dan sebenarnya semua benda yang saya bebelkan ada je jawapan dia. Last-last sekali saya ignore je dia. Bila dia dah berenti nangis nanti dia pulak yang datang dan pujuk saya lepas tu cakap "sayang mama.." Hahah.

Tapi tu lah, memang tak dengar langsung bila orang nasihat apa pun, dan selalu asyik kena ugut biar dia duduk diam sekejap. Husband selalu ugut nak pukul dia dengan hanger, lepas tu dia boleh jerit "abah..tak nak hanger yang ni, nak hanger yang warna merah tu" Haha. Lawak betul. Kat rumah babysitter pulak dia kena ugut nak letupkan mercun (ni main-main je la, tapi dia takut bila tengok mercun tu..haha) ataupun ugut kasi dia ulat hidup yang untuk makanan ikan tu. Mencicit-cicit lah dia lari. Hihihi.

Toddler tantrums? Biasalah tu, tiap-tiap hari saya menghadapi ni! Jadi sesiapa yang masih mengandungkan anak pertama, nikmatilah saat-saat ketenangan itu, sebab lepas tu naik hilang suara asyik nak membebel je ni. Haha.

p/s: ada sesiapa boleh bukak link ni tak? http://parenthots.com/features/Blogs-are-for-mums,-too.aspx
Semalam orang The Star email cakap ada article pasal saya keluar, tapi sampai hari ni saya tak boleh bukak link tu. Isk.




7 superstars:

pizlimw said...

"abah..tak nak hanger yang ni, nak hanger yang warna merah tu"

Wahahaa.. aku boleh bukak, ada nampak muka kau dengan husayn..

Zuhaini said...

wah.. husayn baling barang, you! hati-hati.. kang terkena u yang sedang preggy.. huhu :(

anyway, dah tgk.. cute je u n husayn.. :) pi la bukak link tu...

KambingBujang said...

Kalu huda la, xder jerit2 baling barang la kalu dh marah, trus cubit jer..diam la MAirul tue.. lagi kejam.. huhuh

aah me ader tgk ur photo dlm parenTots.

supermummy said...

pizli, tu la Husayn ni rotan pon dia boleh pilih yg mana..pening aku.

zuhaini, haha..mmg selalu kena pun..bukan i je, parents i pun jadi mangsa. dia takut sikit dengan abah dia je. ha i sampai sekarang tak boleh bukak link tu. tatau apa masalah internet kat ofis ni

kambingbujang, haha ni masalahnya cubit tak jalan, babab kaki dia pun tak jalan..bebel pon tak jalan..macam mana nak cakap lagi..isk

hushuss said...

oh..saya bakal berdepan dgn apa yg Intan hadapi sekarang...huahuahua...

msa tade anak, rasa sunyi nak anak kan? masa dah ada anak, duhh..peninggg...tp klu anak tade takleh duduk pulak.

Cute Intan dgn Husayn kat link tu..

aidie said...

tunggu u get the second one..the combination of two kids boley buat pening kepala tahap gaban hahahaha..

tambah2 kalau dua2 pandai berkomplot nanti..anyways..enjoy having 1 kid while it last soon!
jangan marah2 yek masa mengandung :D

Arin said...

hahahha..arin dah dua nih tahap nak dapat darah tinggi agak nya tinggi gak le..hangin satu bdn je kalau bebudak nih buat peel!

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey