Thursday, February 18, 2010

Mula dengan Danga Bay, berakhir dengan Aunty Aini

Hari Isnin hari tu pergi Danga Bay. Sebenarnya dah sampai JB ni saya tak tau nak pergi mana, kononnya teringin nak pergi muzium tapi public holiday takut muzium tak bukak. Nak pergi zoo malas nak jalan, jadi akhirnya pergi Danga Bay lah lagi jawabnya! Haha. Tapi kali ni pergi Danga Bay waktu petang jadi meriah la sikit.

Dapatlah naik tram, kena bayar RM5 sorang. Maklumlah ibu mengandungkan, tak larat gue nak jalan dari hujung ke hujung.

Lepas tu baru tau rupa-rupanya ada petting zoo kat sini. Tapi tak masuk pun, tengok je dari dalam tram tu.
Bila dah turun dari tram tu kehausan gila. Jadi pergila lepak kedai dan minum-minum dulu. Tapi boleh pulak si Husayn ni mengamuk tak nak duduk kat situ. Macam-macam dia kasi alasan. Contohnya "mama, nak berak la!". Ler apa masalahnya kan, berak je la lagipon dia pakai diapers. Lepas tu macam-macam la lagi alasan dia kasi. Bila saya cakap kat dia "eh nampak tak kedai toys kat depan tu, kita beli toys nak?" terus dia diam. Teruk betul budak kecik ni. Haha.

Jadinya lepas tu pergila shopping kat keliling tu. Takdela beli apa pun. Buat pertama kali dalam sejarah juga saya telah membeli sarung bantal 3 RM10. Kehkeh.

Inilah manusia yang sibuk bershopping hingga lupa keadaan sekeliling.

Eh lupa nak cakap, kat sini ada juga mini theme park, rasanya satu ride tu dalam RM4 kot. Tapi kita orang tak naik pun. Lepas tu terus rush balik KL sebab takut stuck dalam traffic yang hebat. Tapi yang kelakar nak dekat sampai Seremban tu saya nak terkencing sangat-sangat, yang tensen Husband boleh pulak terlepas macam ada satu hentian sebelum Seremban tu. Masalahnya lepas tu jalan jam yang berhenti terus. Jadinya, konon nak menolong, Husband pun keluar je la kat exit Seremban ingatkan ada toilet. Tapi sebenarnya takde. Last2 kitaorang ikut jalan lama dan last sekali gi toilet kat Aunty Aini's Garden Cafe.

Malangnya time ni camera dah habis bateri jadi tak dapatlah nak tunjuk betapa canteks sungguh tempat tu. Aunty Aini punya restoran ni pernah keluar kat Travel Channel sebab Anthony Bourdain datang makan kat sini. Ada masakan nogori dengan western so ok lah. Dari segi harga pun standardlah. Kiranya kalau tak datang sini nak makan pun, datan untuk ambik gambar atau bawak kawan-kawan dari overseas pun ok je.

Ok lah sekian sahaja untuk hari ni ya kawan-kawan.



1 superstars:

fathinz md nor said...

laaa.. awat dtg jb tk singgah umah aku, 5min jalan kaki dr danga bay.. huhu tp aku pun tak penah g petting zoo tuh..
aunty aini's sangat sedapppp..! masak lemak cili api.. aduuu.. kang ade yang ngidam ujung2 pregnent nih huhu

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey