Monday, January 18, 2010

Makan banyak hingga seluar sendat dan terpaksa beli seluar baru

Sekarang kalau nak update blog kena dari rumah sebab orang bijak pandai kat ofis dah block blogger. Jadi terpaksala buat schedule post, dahla saya ni malas buat schedule post. Tapi terpaksalah sebab tu je pilihan ada.

Weekend best sebab dapat rehat dan bangun lambat. Sekarang pulak ada mood nak jalan-jalan. Bukan pergi mana pun, pergi area dekat-dekat rumah ni je. Kedai mamak pun jadilah asalkan dapat keluar rumah. Begitulah desperatenya saya.

Yang penting Husayn pun suka. Kalau dapat keluar rumah macam jakun sangat dan berlagak.

Tengoklah air barli satu gelas pun dia berjaya habiskan. Saya suka je nak jalan-jalan tapi selalu ada masalah malas nak bersiap. Kalau keluar waktu weekend tudung konfirm tak iron. Kalau ada kedut tu buat-buat tak nampak je lah. Haha.

Konon-konon ingat nak pergi Sogo members sale. Tapi memikirkan keadaan yang sikit-sikit letih je, cancel terus. Saya dah boleh imagine macam mana panjangnya nak beratur masa bayar walaupun nak pilih barang tu takde lah susah sangat. Jadi lepas kensel pergi Sogo sale, kita orang pergi One Utama je lah. Sebab tu saya suka duduk kat Petaling Jaya. Kedai mamak merata-rata, shopping complex kegemaran iaitu One Utama pun jauhnya hanyalah sekangkang kera. Kehkeh.

Tekalah apa yang dibeli? Seluar mengandung lah. Gila semua seluar susah nak button. Jadi solutionnya beli je lah seluar pregnant terus. Ha gambar atas tu dalam fitting room. Budak kecik tu pun ikut masuk jugak sebab masa tu Husband pegi solat. Letih gila jaga dia sebab tak boleh duduk diam. Terpaksa asyik jerit-jerit dan kejar keliling rak-rak baju. Duduk dalam fitting room pun dah riot habis sebab ketuk sana sini. Best sekali dia ambik seluar saya dan semua seluar yang saya nak try dan campak atas lantai lepas tu pijak-pijak. Hoi pening pening!

By the way, nampak tak perut saya dah membesar dengan hebatnya? Tapi yang pelik ada jugak orang kat ofis yang ingat saya makin kurus dan tanya saya diet ke. Dan hari tu ada sorang budak kat ofis ingat saya ni bujang lagi. Hai hai..tengoklah perut ni. Hihihi.


5 superstars:

Mumtaz Khan said...

mmg pun u nampak kurus now...

Ena Qalinsya said...

hahaha peknen ye.. tahniah!!
jaga diri dan kandungan leklok

pizlimw said...

Eh kau dah kawin ye Intan?

(ok tak kelakar)

yatie chomeyl said...

x nampak pon perut u dh boyot ;)

Queenin Murni said...

hmm btol.. belum nampak lagi perut tu..

congratulations anyway!


psst.. mesti kembang kuncup bila org igt masih bujang lagi.. hehehe!

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey