Thursday, January 28, 2010

Blog untuk meluahkan perasaan dan menambahkan pendapatan

Dulu saya ada diari. Dari Form 1 sampai Form 3 memang rajin sangat nak tulis kat diari. Ada problem je tulis kat diari. Benci orang ni atau orang tu, luahkan la kat diari. Bila Manchester United main je, siap ada komentar kat dalam diari. Tekanan dengan ibu bapa pun tulis lah kat diari.Kira memang jujur habis lah saya dengan diari tu.

Sekarang ni takdelah diari. Yang ada blog ni je lah. Tapi satu masalah kat blog ni saya tak boleh jujur sangat. Kalau orang tak dikenali baca blog ni saya tak kisah sangat, kira saya tulis je la apa saya suka pun, lantak pi lah kan. Haha. Masalahnya sekarang pembaca blog ni merangkumi suami, ibu bapa saya, (ya, memang susah juga ada ibu bapa yang terlalu internet savvy. kehkeh) adik beradik, saudara mara, rakan sekolah dulu-dulu, rakan universiti, dan juga rakan sepejabat. Eh bukan saya tak suka tau korang ni semua datang melepak dan membaca apa saya tulis ni, yelah kalau tak de visitor macam mana pulak nak dapat income dari blog kan? Kehkeh. Tapi tu lah, saya tulis blog ni selalu ada tapisan.

Lagipun dulu saya ada blog, dan dalam blog tu terkutuk lah ex ofismate. Lepas tu kantoi pulak tu. Memang taubat lah lepas tu takde dah nak mengutuk orang kat blog. Eh adala kutuk orang contohnya kutuk makcik cleaner yang selalu lepak depan lif borak kuat-kuat, tapi takde lah nak mengutuk orang-orang yang dikenali. Kiranya kalau nak mengutuk kenalah bukak blog anymous ataupun ala-ala Piah Zadora. Haha. Eh tapi sebenarnya saya ni baik, takde lah kutuk orang sangat, kecuali kalau ada ketidak puasan hati tu memang kena lah.

Korang macam mana pulak? Tulis blog ada tapisan tak? Hahah, dah rasa macam ala2 Lembaga Penapisan Filem Malaysia lah pulak.

Gambar hiasan adalah gambar yang baru diambil semalam dengan begitu gigih kerana saya sudah pregnant 4 bulan. Dan itu adalah seluar pregnant.




8 superstars:

Arin said...

intan, kadang2 nak menapis gak. sebab tau ader reader yg kita takmo dia baca tapi masuk blog kita gak.thank god ada statcounter.sedetail2 nya bleh detect. ( reader ku yg ku taknak dia baca bukan dr msia, nasib baik senang nak detect ) ..

yatie chomeyl said...

tu ah bila family semua dh start baca blog kita, terus ken atapis aiyoyo..sudah x ikhlas menulis eheh

ARIFFDA said...

saya mmg tapis cete sejak ipat duai, opis mate tau blog saya..hahaha

kejap je dah 4bln ye...
tahniah..

Zuhaini said...

saya tapis.. tapi biasanya x da benda yang begitu sensasi pun nak cerita, so x dak la tapis mana.. ahah ..

tahniah ya.. kejap je da 4 bln.. :)

Hanz said...

buat private blog pastu invite orang tertentu jer..takpun tulis jer balik diari.

supermummy said...

arin,
ahaha..takpe, marilah kita bersama-sama menapis

yatie
haha..ikhlas tu ikhlas, tapi takdela transparent sangat..

ariffda
tu la kejap je 4 bulan..kang tiba2 dah nak bersalin..nerves ni..

zuhaini
thank you:)

hanz
haha..private blog nanti income online kurang masyuk..hahah..

precious innocent said...

speaking of piah zadora, mana dia p ek? ada blog baru yg ala2 dia ke?

-mama emma®-

Liza said...

i like to look at this in 2 different perspectives, one as a reader and one as a blogger, asa reader to me, when we read and we don't like we read, there's this X logo on the top right corner and we can always opt to click there...we should not be judgemental with what we read, and as a blogger, we have every right to write what we want however, we have to face the consequences on what we write should we offend others, to me, biaq pi lah apa org nak cakap, freedom of speech ma!!

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey