Saya kahwin pada 3 Jun 2007. Bila teringat masa kahwin sangat suka sebab teringat betapa peningnya preparation nak kahwin. Haha.
Tak pernah ada orang nak ambik gamba mata saya macam ni. Jadi saya rasa fotografer ni artistik juga. Kehkeh.
Sekali lafaz saja sudah berjaya. Kehkeh. Tok kadinya adalah atuk saudara saya. Tapi 6 bulan selepas saya kahwin. Tok Kadi saya meninggal kerana kemalangan kereta pulak. Kesiankan.
Saya tak tahu mengapa di Johor mas kahwin hanya RM22.50. Mengapakah teramat sikit. Jadi saya upkan jadi RM101. Haha. Sampai sekarang pun tak bukak lagi duit gubahan mas kahwin ni simpan dalam almari.
Di Johor juga ada acara penyerahan anak oleh ibu dan bapa kepada suami di mana ada ucapan yang panjang dan menyedihkan. Sebab tu saya menangis kerana membaca ucapan yang sangat meruntun hati (sebenarnya rasa bersalah sebab banyak dosa kat ibu bapa la tu! Haha)
Bole terima jika saya menangis, tapi suami juga menangis? Adakah rasa terharu kerana dapat kahwin dengan saya ataupun rasa terseksa? Kehkeh. Tapikan, suami menangis lebih lama dari saya. Haha. Comel tak.
Sudah berjaya naik atas pelamin setelah melalui 5 tol! 2 tol PLUS highway dan 3 tol di Kampung Parit Semarang (kg saya lah!). Nampaknya tol di Parit Semarang lebih banyak kerana banyak sangat tangan perlu di hulur termasuklah mak andam yang suka pau duit banyak banyak. Isk.
Saya tak ada idea lagi hari ni dan nak cepat sebab pagi ni lambat masuk ofis jadi online dari rumah. Berdedikasikah saya? Haha. Saya letak banyak gambar jadi saya rasa agak cheating juga, tapi tak apalah ya. Selamat hari minggu semua!





















