Thursday, December 10, 2009

Luahan rasa di hari Khamis yang suram

Sebagai insan biasa saya selalu sangat appreciate atau rindukan sesuatu benda/orang bila benda/orang ni dah takde. Ok memang dah terlambat, tapi tu la masa benda/orang tu ada kita tak pernah nak appreciate. Kita compare dengan yang lain lah, kita kutuk-kutuk lah dah macam-macam kita komplen. Contoh yang paling senang adalah Michael Jackson - masa dia hidup orang kutuk-kutuk dia lah, tuduh dia child molester, gelak-gelakkan dia sebab cubaan nak jadi orang kulit putih, tapi bila dia mati tiba-tiba semua orang puji-puji dia.

Untuk kes saya pulak, tak kisahla orang ke benda, bila sesuatu tu dah takde saya akan mulalah asyik teringatkan benda/ orang tu. Contohnya la hari ni bos baru saya masuk, terus saya macam takde mood sebab saya teringatkan bos lama saya. Bos lama saya tu dah la baik, comel, sporting dan kasi saya markah yang hebat untuk SKT saya (SKT ni ala2 evaluation at the end of the year lah), tapi masa dia ada saya takde la pulak puji-puji dia ke apa walaupun saya takde la kutuk dia jugak.

Saya ada satu perangai iaitu kalau saya suka orang tu (suka bukanlah maknanya suka nak minat atau bercinta ke apa), saya tak kisah sangat kalau dia suruh buat kerja. Isk, bila kita dah comfortable orang tu suruh buat kerja apa pun kita sengih je. Tapi kalau saya tak suka orang tu, mulalah saya buat perangai cari alasan nak avoid orang tu, kalau terjumpa orang tu mesti buat senyuman plastik lepas tu muka mencebik sikit.

Saya tengah cuba berfikiran positif ni. Saya suka kerja dan ofis saya tapi kalau bos tidak menyelerakan memang beratnya rasa di hati. Di harap bos baru tak baca nukilan saya hari ni. Kerana kalau tak, mesti dia bengang dan markah SKT tahun depan jatuh menjunam. Tapi lepas tu saya fikir balik, lantaklah labu.


3 superstars:

Kerch said...

Owh..jangan la risau..berserah saja padaNya..me also have a same situation..but it happen 2 years back..erm..i got only 65% ..look like i ni macam tak buat kerja..buat DIA Maha Kaya..Sabar dan terus Sabar

supermummy said...

kerch, seriously 65%? isk kejam sangat tu..tu macam dah ala2 tak buat kerja. kalau i mesti tensen gilaaaa...hehe..tu la nak sabar ni tapi sabar ada limit jugak..tak tau tahan ke tak..haha

Sitisifir10 said...

er...rupanya arini ari khamis ye intan...h, skang dah kul 12.30 laktu..dah masuk jumaat...aiyyya.....kalau tak baca entry ni saya ingat arini rabu....erk, terkeluar topik ek?

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey