Wednesday, December 9, 2009

Boleh tahan jugak Malaysia at Random ni

Halow,

Hari ni gak bosan dan mengantuk. Bos baru ada datang semalam dan kasi pinjam satu buku tajuk dia Malaysia at Random. Kenapa dia kasi pinjam tu malas la nak explain. Tapi hari ni bosan-bosan saya pun baca lah buku tu dan dari tadi tergelak-gelak sendiri. Sebab jarang jumpa buku kat Malaysia cerita random facts dan trivia macam ni. Eh ataupun sebenarnya saya dah lama tak baca buku mungkin saya tak perasan kalau ada buku lain macam ni. Jadi hari ini disebabkan terlebih rajin, marilah sini saya share apa yang saya baca. Lagipun ini lebih bagus daripada saya asyik mengeluh letihlah, tak larat lah, malas datang ofislah, rindu bos lama lah, dan lain-lain kan?
1. Pernah tengok movie "I know what you did last summer" kat panggung wayang tak? Dulu saya pernah tengok dan buku ni mengingatkan saya yang dalam movie tu ada "serial killer". Tapi orang yang buat subtitle tu boleh translate "serial killer" tu "pembunuh bijirin". Hahah. Isk tak faham jugak ke. Sebenarnya dia ingat "cereal killer" tu pasal dia translate macam tu. Kehkeh.

2.Tahukah anda P.Ramlee yang mencipta term "pawagam" dari perkataan panggung wayang gambar?

3. Ungku Aziz adalah Profesor Melayu yang pertama. Baru tau fakta ni.

4.Gaji Perdana Menteri Malaysia adalah RM22,826.65 tapi tak sure campur sekali dengan allowance ke tak. Saya memang suka je nak tau gaji-gaji orang ni sebab gaji saya ciput. Haha.

5. Saya baru perasan yang saya telah menonton beberapa movie yang telah di ban di Malaysia seperti A Clockwork Orange, The Exorcist, The Prince of Egypt, South Park movie, Austin Powers: Spy who shagged me, Zoolander (ok yang ni lawak gila sebab ada watak Presiden Malaysia. kehkeh), 40 Days 40 Nights (suwitt sangat sebab ada Josh Harnett. tapi percayalah yang ni memang best!) , Kill Bill: Vol 1 (eh tapi konfius sebab yang volume 2 saya tengok kat pawagam. yang ni tak ban pulak), Alfie (sangat British dan ada Jude Law.yummy!), Deuce Bigalow European Gigolo (bongok sikit.haha), The 40 Year Old virgin, United 93 dan Brokeback Mountain.

6. Satu lagi, tau tak Hospital Bahagia tu dah wujud sejak tahun 1910? Lama gilaaaa

7. Sebelum mati kena gantung, Botak Chin makan Kentucky Fried Chicken. Meal mana satu agaknya ya dia makan.

8. Kos pengebumian di Nilai Memorial Park adalah RM6,888.

9. And last but not least, advice from Tun Dr M to Malaysian Thomas Cup Badminton in 2006:
"Treat your opponents like insects. Knock them down and crush them with your feet" Saya rasa ia adalah nasihat yang comel tapi bersemangat macam ala2 cerita A Bug's Life. Hehe. Tapi Malaysia sampai separuh akhir je masa ni. Thoma Cup favourite saya pastilah Thomas Cup 1992 sebab Malaysia menang. Takde elektrik masa tu tapi semangat gila tengok kat rumah jiran. Haha.

Oklah dah tak larat nak taip. Kalau rajin, silalah ke MPH berdekatan untuk membeli buku ni ataupun membaca secara percuma kat situ pon ok je. Tata!


4 superstars:

okinokiyo said...

haha bab pembunuh bijirin tu mmg lawak..

new moon baru ni adalah gak subtitle yg tah paper lepas ditranslate. tpi terbaca gak sbb subtitle besar giler block gambar haha

pizlimw said...

eh aku rasa alfie ada tunjuk kat astro..

supermummy said...

okinokiyo
eh tak perasan pulak new moon punya..apa dia translate..bulan baru ke? kehkeh..tak perasan apa ditulis kat subtitle sebab tgk khusyuk tengok muka edward agaknya..hahah

pizli
aah aku tgk kat astro..mcm pelik sbb di ban, tapi ada kat astro..konfius jugak..haha..

Arin said...

ooooooo...menarik info-info.especially tang botak chin tuh..

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey