Friday, November 20, 2009

Mengandung membuatkan saya hilang nafsu untuk makan

Akhir-akhir ni memang blog asyik di abaikan. Kesian juga tapi semalam ada exam jadi hari ni baru boleh update. Itu pun sekarang ni tengah tahan muntah. Saya sampai dah tak tau apa nak makan sebab semua makanan rasa tak sedap, semua air rasa tawar gila, kepala asyik pening. Betullah macam ofismate saya cakap, nasib baik saya sampai ofis hari ni, sebab bila bawak kereta memang tak boleh concentrate langsung. Juga sentiasa berdoa tolonglah jangan muntah dalam kereta sebab mesti saya bertambah pening nanti, ataupun kereta sebelah mesti geli tengok. Haha.

Pregnant nombor 2 ni memang sangat mencabar kerana:
1. Husayn Zharief - malam-malam asyik nak nenen. Serius tak larat. Kalau dia nakal-nakal mak, bapa dan adik saya ada, mintak tolong diaorang layan dia kejap sambil saya tidur. Hihi.

2. Ofis yang asyik busy. Hari tu ada event kena berdiri je selama separuh hari dengan heels. Tapi ada Raja Nazrin takpe la, ku sabarkan jugak. Semalam exam PTK. Ni lepas ni tatau apa lagilah.

3. Kena drive sendiri. Pregnantkan Husayn dulu tak payah. Ni kena drive satu, sebelum tu kena hantar Husayn kat rumah babysitter dulu. Rumah babysitter tingkat 3, kena naik tangga. Ha, balik kerja kena ambik dia pulak.

Oklah, nak letak kepala kat meja pulak. Tata.


4 superstars:

zh-ena said...

dugaan time pregnant

Marisa said...

sama la... saya pregnant mmg teruk. masa anak sulung kena drive sendiri.... tp rumah dgn ofis dkt... yg 2nd &3rd nasib la hubby drive.. yg 3rd paling mencabar sbb jarak dlm25km ke ofis... selalu je kena berenti tgh jalan muntah. kadang tu muntah dlm keta.... mmg muntah beria sampai lembik2 badan

MaSLiNa a.k.a. GG said...

Intan.. expecting ur 2nd one eh?? congrats okeh.. beranak yg kedua nih besenya senang sket compare dgn yg 1st tu.. harap2 sume akan berjalan lancar.. kalo byk berjalan nnti senang nak bersalin, tapi lps masuk 3rd trimester la.. skang nih kene byk rest.. take care..

m@Ri@ said...

tahniah..maria pn mula2 tau preggy tak lalu mkn smp berat turun 3 4 kg..muntah lagi..skrg berat jgn kata r..naik berkg2..heheh..

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey