Tuesday, November 17, 2009

Barang-barang yang dijumpai di stor

Hari tu abah saya kemas stor. Lepas tu terjumpa saya punya buku masa belajar German dulu!
Masa kat universiti pernah belajar German dan juga mendapat A pulak tu. Tapi sekarang satu benda pun tak ingat. Eh, tapi yang ingat cuma mengira dalam bahasa German. Dengan perkataan schokoladentorte iaitu chocolate cake sebab saya suka chocolate cake. Kehkeh.

Yang horror sekali jumpa anak patung kat atas ni. Tak sure siapa punya maybe anak pakcik saya yang pernah duduk rumah ni dulu masa kita orang duduk kat Kota Bharu. Tapi saya memang takut tengok anak patung ni sebab rasa macam ala2 Chucky dalam movie Child's Play tu. Selamat ku campakkan anak patung ni ke luar rumah. Heheh.

Eh dan paling best terjumpa satu kotak kaler ni. Dulu kotak ni kotak art supplies masa pergi kelas design dulu. Tapi tak tau sapa letak kaler banyak2 ni. Best! Husayn pun gembira sebab dapat drawing banyak-banyak. Haha.
Lepas tu terjumpa raket badminton dengan slipar buruk yang Husayn pakai tu. Tapi Husayn ni tak tau badminton. Dia tau tenis. Tak tau la mana dia dapat perkataan tenis ni. Sibuk dia cakap "jomla main tenis!". Haha.

p/s: terima kasih kepada semua yang masuk contest MSREAD tu. Nanti saya umumkan siapa yang dapat voucher tu. Hehe.


5 superstars:

okinokiyo said...

OMG doll tu paling seram mcm header perempuan jomblo pun yer gakk..

eh buang tu betul2 ke dah buang sekali dia .... eiiii seramnye rupaaa doll tu..

Arin said...

mmg cam chucky la patung tuh..ngeri je ngk!

yatie chomeyl said...

owh, ich kann Deutsche sprechen ein bischen auch.

hehe..i pun ingat2 lupa Deutsche

pizlimw said...

Katakan malam ni tetiba anak patung tu ada atas katil kau intan.. Apa kau nak buat?

supermummy said...

okinkiyo
hahaha..aah la, ada jugak ala2 perempuan jomblo punya header.i baru perasan.haha

arin
memang pon..hahaha..

yatie
hahah..i lagi byk lupa dari ingat!

pizli
isk..aku tak sukala imaginasi kau ni. dahla aku asyik mimpi horror je akhir2 ni.hahah

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey