Tuesday, October 20, 2009

Tidak semua tikus seperamah dan secomel Mickey Mouse

Hello. Tekalah gambar apa kat atas tu? Kalau anda teka pisang memang betulla, tapi tekalah apa makhluk berekor di gamba di atas. Itulah dia gambar tikus di rumah saya. Sebelum anda membenci saya sebab geli dengan gambar tikus tu, janganlah anggap saya suka-suka nak ambik gambar tikus letak kat blog. Kehkeh. Itu pun nasib baik tikus tu tak nak posing, jadi takdelah nampak muka, nampak ekor dia je.

Sebenarnya semua orang kat rumah saya tengah bengang dengan tikus di atas. Ini adalah kes-kes yang menyebabkan tikus di tangkap dan di kurung di dalam jel.

Kes 1:Kat belakang rumah ni adalah beberapa ekor kucing yang kita orang suka kasi makan. Kucing ni bukanlah kita orang bela pun, tapi saja je la kan sebab comel. Adik saya cakap, boleh tak si tikus ni selamba je makan sepinggan dengan si kucing ni. Haha. Geram jugak sebab orang kasi kucing tu makan, bukan tikus.

Kes 2: Oh adik saya cakap lagi, tikus ni pergi lempang si kucing tu. Haha. Itu agak kelakar. Manja sangat kucing ni kena buli dengan tikus.

Kes 3: Yang ni mak bapak saya memang bengang. Tikus ni pegi gigit water filter Elken kesayangan mak saya tu sampai bocor. Memang saja nak cari pasal la tu.

Oleh itu dengan berkat semangat yang kuat bagi mengalahkan tikus, bapa saya memasang perangkap dan berjaya menangkap tikus di atas. Siaplah kau kena jemur kat bawah matahari hari ni. Kehkeh. Lain kali jangan membuat riot di rumah orang.
Sebagai makanan terakhir, silalah makan pisang tersebut.

6 superstars:

Hanz said...

ewwwww..geli sungguh tengok gambar ni. I hate tikus! But, I love Mickey Mouse! Besarnya tikus ni Intan!

Zuhaini said...

eee... gelinya!!!

iswatie "colours of life" said...

ooo..jemur panas ek..kitaorg lagik kejam.....rendam dlm air kasik lemas...hahahahah(gelak syaitan)

supermummy said...

hanz
hahah..i pon selalu layan mickey mouse kat playhouse disney..haha..bukannya husayn yg layan..

zuhaini
kehkeh..betol..terutama bahagian ekornya lagi menggelikan

iswatie
hahah..tu macam seksaan zaman jepun tu rendam dalam air..hahah

precious innocent said...

jgn marah cik ti(kus) nie sgt intan.. nnt geng dia mai.. nie bukan ckp memain, mmg betui nie..

-mama emma®-

Ms Lola said...

ekor dia lah yg menggelikan!!!! ewwwww

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey