Wednesday, October 7, 2009

Ruangan Tahukah Anda

Tahukah anda hari tu saya pergi Cold Storage. Eh bukanlah pergi dengan tujuan nak membeli belah di Cold Storage, tapi saya pergi area yang ada Cold Storage dan kebetulan nak cari apple hijau, yang konon2 merupakan cubaan diet (ok gelak sikit..hahah). Dah hampir-hampir beli apple hijau yang mulus ni tetapi tengok-tengok..

Granny Smith apple for RM3.99 each! Granted I'll be stick thin eating this apple because the price of one apple nearly match the price of my lunch. Eh lupa tadi taip dalam BM..haha. OK, terus kensel beli!

Tahukah anda Mohammed Husayn Zharief sudah mendapat auntie baru yang bernama Khyra! Walaupun baby sudah kena panggil auntie Khyra.

Inilah Khyra yang baru umur 2 ke 3 minggu lebih kot. Saya sangat eksaited sebab dah lama gila tak ada sepupu perempuan. Husayn pun eksaited juga sebab tu asyik mencucuk-cucuk pipi Khyra. Tapi Khyra sangat comel dan juga good girl sebab malam -malam dia tidur je dan mak Khyra pun hati gembira dan tenang. Nanti bila Khyra dah balik Abu Dhabi mesti saya rindu Khyra. Alololo.
Ini Khyra bermuka bengis.

Tahukah anda yang saya baru tau kat pasar ada jual bawang putih dan bawang merah yang dah siap dikupas? Haha. Nampak sangat tak pernah pergi pasar.
Tengok gambar bawang pun saya eksaited nak snap. Ini masa temankan mak saya pergi pasar taman tun hari tu. Saya memang tak pernah pergi pasar dah lama kot. Rasanya pasar last yang saya pergi mungkin last year pergi pasar tani. Selalu ibu dan bapa je pergi pasar. Saya tau makan je. Ok jangan pandang serong, saya tau saya selalu duduk di bawah ketiak emak. Heheh.

Tahukah anda saya tak tidur dari pukul 4 pagi tadi sebab membaca Fan Fiction Twilight. OK saya mengakulah dulu saya rasa pelik apahal nak buat fan fiction pulak pasal Edward dan Bella. Tapi best jugak kadang-kadang baca Fan Fiction ni sebab ada tu Edward bukan vampire, dia jadi manusia. Kira macam normal la, tapi bila baca terbayang muka Robert Pattinson dan Kristen Stewart kan. Jadi terima kasih kepada handphone saya yang membolehkan saya baca thru handphone dan dalam gelap. Kihkih.

Tahukah anda saya juga ada di sini? Syukur alhamdulillah di atas segala rezeki.

Bye, nak pergi meeting!


6 superstars:

Fid said...

wahhh..'best' sungguh akan harga apple itu....
agaknya berganda lazatnya dengan epal 'kebanyakkan'
hehhehe
wah tahniah dapat sepupu baru!

nURmALa mAZLan said...

makkk aiii
mahal je apple hijau tu kak..

nasazfrog... said...

tahukah anda betapa lama nya saya tak kesini.. hiihi,, salam aidilfitri kak.. :)

zh-ena said...

mahal betul harga apple tu..

yea ker ader bwang yg siap di kupas..klu ena bau beli yg dah siap di kupas..senang

supermummy said...

fid
hahaha..tu la pasal..terus tak jadi beli..citt

nurmala
hahaha..ini apple branded kot..sbb mcm famous nama granny smith ni

nasazfrog
haha..samala kita..eh kita pon lama dah tak pergi blog awak..salam aidilfitri juga!

zh-ena
haah mmg ada..hahah..tu la saya pon baru tau..

l i e y n said...

i also don't know about the bawangs!!

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey