Tuesday, October 13, 2009

Most annoying word, quite annoying post.

1. Semalam main futsal 3 match, dan hari ni rasa tak boleh bukak mata sebab ngantuk sangat. Tapi puas hati sebab dapat no 2, eh tak puas hati sebenarnya. Sebab point adalah sama dengan pasukan no 1, yang bezakan adalah gol bolos. Oklah, whatever.

2. Pagi tadi atuk Husayn ketuk-ketuk tingkap kereta saya masa saya dan Husayn dalam kereta dan sedia untuk memandu sebab nak tarik perhatian si Husayn. Husayn sound atuk dia, dia cakap "atuk, janganlah ketuk ketuk. Nanti rosaklah kereta mama". Saya hanya tergelak dan membuat muka "oh,whatever". Tapi kelakarlah. Haha.

3. Saya suka kerja kat ofis ni sebab minggu lepas dari hari Rabu sampai Jumaat makan free je sebab ada open house department lain. Hari Jumaat tu sampai 2 department punya open house dari pukul 11 sampai ke petang. Minggu ni dah tak ada lah pulak. Tapi hari Rabu ni ada open house office lagi. Patutlah semua orang yang kerja kat sini bertambah sihat. Kehkeh. Whateverlah.

4. Konon-konon hari tu semangat nak masuk contest Nuffnang untuk Bloggers Awards yang pergi Singapore tu. Baru perasan hari ni dah lepas deadline. Whatever it is, harap tahun depan adalah, ataupun ada sesiapa nak kasi tiket free? Haha.

5. Semalam semangat buat status kat Facebook yang diri sendiri nak diet dengan makan apple hijau. Hari ni datang ofis terlupa pulak nak bawak apple hijau. Memang sungguh blur tahap whatever pagi ni.

6. Mengapalah kerajaan kasi gaji awal sangat bulan ni. Saya dapat bayangkan bulan depan pasti sudah pokai. Whatever, sucks!

7. Dah rasa annoying tak baca semua ayat-ayat kat atas? Perasan tak setiap ayat ada whatever? Haha. Saja je lah, sebab tahukah anda perkataan "whatever" telah di vote sebagai most annoying English word? Tu saya saja je letak whatever di setiap ayat tengok anda rasa annoyed ke tak. Sekarang saya rasa seperti di awang-awangan sebab ngantuk sangat. Sebab tu asyik merepek. Maafkan saya. Haha. Tata.


3 superstars:

Fid said...

whatever laaah..hahahaa

zh-ena said...

amik bantal terus hilang whatever tu hehehehehe

supermummy said...

fid, hahah..sebenarnya dah takde idea..hahah

zh-ena, eh besar sangat bantal tu nak tutup perkataan whatever..kehkeh

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey