Thursday, September 3, 2009

Merasakan sungguh bahagia kerana sudah dapat makanan impian

Semalam adalah hari yang indah. Hari yang indah kerana saya akhirnya telah berjaya membeli serta memakan makanan impian sejak hari pertama Ramadhan.

Puding caramel yang telah saya berjaya habiskan sorang-sorang.

Kek Batik yang sungguh enak tapi tak habis lagi sebab hari ni cadang nak sambung makan lagi.

Untuk mendapatkan makanan di atas adalah sangat mencabar kerana saya terpaksa pusing sampai 3 kali mencari parking di Bazaar Ramadhan Taman Tun Dr Ismail, dan akhirnya bila saya jumpa parking, parking tersebut adalah side parking. Dan saya adalah sangat fail apabila berkaitan side parking! Tapi cuba-cuba akhirnya berjaya!

Di kedai inilah saya membeli kek batik dan puding saya. Sebenarnya pernah juga beli Kek Batik dan Puding Ellysa ni kat Bazaar Ramadhan Kelana Jaya. Tapi disebabkan apabila balik kerja, adalah lebih senang singgah ke Taman Tun, jadi saya singgah saja.

Beginilah ramainya umat manusia di Taman Tun. Kalau nak meng usha gadis-gadis gojes dan manis silalah ke sini. Hannah Tan pun datang ke sini tahun lepas tau! Gerai terpopular yang saya tengok kat Bazaar TTDI ni adalah Gerai Putu Piring Gula Melaka. Panjang tu orang beratur nak beli. Tapi kalau anda pergi ke Bazaar Ramadhan Seksyen 14, gerai terpopular pastilah gerai Popia Basah. Bersedialah untuk beratur dan sabar. Tapi bila rasa kesedapannya pasti berbaloi dengan kesabaran semasa beratur tu. Hihihi.

Eh satu lagi lupa nak cakap, Ipod Touch saya sudah ada pakaian baru dan kini tidak berbogel lagi!
Sebenarnya nak beli pakaian warna pink tapi takde stok. Last-last ambil yang berwarna kuning sahaja. Super-rubbery-yummylicious nyum nyum!


6 superstars:

Farah said...

hah apesal tak ckp turun pasar ramadhan taman tun..dpn opis saya je tu..hari2 pergi..oo hari ni kena terjah gerai kek batik tu..

kalau puding caramel yg sedap ade satu lagi gerai yang jual sekali dgn puding2 buah..gerai die jual semua puding je..sedapp gilee!

Hanz said...

dah lama x buat puding caramel ngan kek batik ni..masa anak dara rajin buat masa weekend...hemmm..takut dah lama x buat dah x jadi lak..oh, x leh jadi ni mesti buat balik umah my mom nanti!me dah kecur air liut tengok pics2 tu!

mariaariffbaby said...

em..

kek batik..
balik ni nak try buat la..
:D

supermummy said...

farah
ya ke....takpe lain kali nak pegi i kontek u dulu..kehkeh..haa i nampak gak gerai yg satu lagi jual puding karamel tu..tapi sbb dah terbeli yg elyssa..takpe nnt lain kali try yg situ pulak.

hanz
hahah..i pon dah lama gila tak buat..dulu rajin gak buat kek batik ni..tapi sbb malas dan teringin sangat beli je la..hahah

mariaariffbaby
haa nanti dah buat kasi la sikit..kehkeh..

aznitaz said...

emm yummy2x..nmpk sedapnya dua2 pun kita suka makan..tak smpat lg terjah pasar ramadhan..
disbbkan terpengaruh ngan u terus besok nak carik :P
the pics look so tempting..

FRB said...

ngidam puding caremel ye. manisnye!

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey