Wednesday, September 16, 2009

Marilah mendengar lagu raya kegemaran

Raya sudah semakin dekat, marilah kita mendengar lagu raya! Eh sepatutnya cakap dah akhir Ramadhan, banyakkanlah beribadat tapi selepas beribadat dengarlah lagu raya pun tak apa kan. Heheh.

Sebenarnya saya tak adalah kisah sangat lagu raya ni, macam takde perasaan sangat. Saya tau kadang-kadang ada orang yang tak boleh hidup takde lagu raya. Kira tak feel la. Tapi saya adala jugak beberapa lagu kegemaran yang bila saya dengar, saya tak tukar cenel radio atau tv tu. Haha. Inilah dia:

1. Lagu Iklan Proton Selamat Hari Raya
Oh ini memang lagu favourite no1 Hari Raya tak kisahla walaupun hanya jingle iklan. Tau tak lagunya " Berhati hati di jalan raya..semoga anda selamat tiba..ucapan selamat hari raya..dari proton untuk semua! " Memang excellent dan semalam masa mandi dalam toilet pun saya nyanyi lagu ni dengan ceria. Kehkeh.

2. Lagu raya kumpulan 4U2c
Serius tak ingat dah tajuk lagu ni tapi saya ingat adalah dalam lagu tu nanti dia cakap "Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami 4U2C! " Haha. Dulu masa sekolah memang lagu favourite.

3. Lagu raya kumpulan Feminin
Haa..ni pun saya suka tapi maaflah tak ingat tajuk jugak. Dulu-dulu sanggup tak nak pergi Raya kat rumah orang sebab nak tengok rancangan Temasya Syawal ke apa namanya kat TV1 ada konsert Hari Raya ada Feminin nyanyi lagu raya ni.

4. Anuar dan Elina - Suasana Hari Raya
Alolo yang ni memang comel! "Kuih dan muih..beranika macam..makanlah jangan di pandang.."

5. Uji Rashid & Hail Amir - Seloka Hari Raya
Saya lahir tahun 80an jadi memang membesar dengan Uji Rashid dan Hail Amir dan memang suka gilaaa lagu ni!

6. Aishah - Pulanglah
Oklah ni memang lagu raya paling sedih. Saya suka jugak tengok video klip lagu ni dan selalu akan berasa tak puas hati sebab boyfriend dia dalam video klip ni kurang hensem. Haha. Dahla kurang hensem pastu bila pulang bawak awek lain pulak. Memang kejam betol!

Begitulah senarai lagu raya saya mengikut turutan. Saya tiba tiba baru teringat yang saya belum tukar lagi pun duit raya! Malasnyaaaa. Kalau anda ada lagu kegemaran sharing-sharing lah ya! Hihihi. Bye bye Miss American Pie (ok sorry takde kaitan tapi suka ayat ni sebab dia rhyme. Haha)


8 superstars:

Arin said...

all time fav adalah semestinya 4u2c dan pulang lah..:)

pizli_mw said...

"bergema takbir dipagi raya..
menyambut syawal...
bulan mulia...

oohhhhhhhh bersyukur pada yang maha esa..."


Orang umur macam kita mana boleh lupa 4U2C Intan.. memang favourite lagu raya diaorang tu..

Lirik tu aku ingat tau? bukan aku cari kat google .. hahahah..

nURmALa mAZLan said...

Kak, lagu feminin tu tajuk dia Kurniaan dihari raya

"Selamat Berhari Raya
Ampun Maaf Di Pinta
Betapa Mesra ku Rasa
Di Hari Yang Mulia"

Hanz said...

serius me x ingat 4U2C & Feminine punyer...still suka lagu Saloma, P.Ramlee, Anuar & Elina, Aman Shah & DJ Dave..otai sumer tu..banyak lagi but dah lupa..

raya jingles me loikes too! Loads!

mariaariffbaby said...

ish..
samala kita..ur favourite raya songs
i semua suka!

i like!
:D

eedany said...

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Semoga Syawal tahun ini membawa lebih rahmat dan berkat kepada kita semua.

:)

l i e y n said...

ye ke lagu first tu..." dari proton untuk semua..." bukan ke EON? ntah! confuse2..

supermummy said...

lieyn..aah betol2..dari eon..saya yg tersilap..hahaha

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey