Thursday, September 10, 2009

Your favourite hairstyles at a click of a mouse is the coolest thing ever!

Malam tadi dah tak ada kerja. Bila suami belum pulang dan anak sudah tidur dengan aman, ini lah kerja saya:



Saya bukan pergi ke saloon ya tapi saya telah pergi ke virtual hairstyler dan letak muka sendiri kemudian pilihlah nak fesyen apa pun. Nak rambut Jennifer Lopez ke, Jessica Simpson ke, Vanessa Hudgens ke..eh eh Dolly Parton pun ada tau! Saya tengok rambut blonde panjang kat atas tu dah macam Legolas la pulak. Hahah. Lepas tu boleh tukar-tukar hair colour ke, texture dan macam-macam lagilah yang saya pon tak sempat nak explore.

Ha kat atas ni lah layout virtual hairstyler ni. Yang penting anda kena ada gambar muka anda. Kalau macam saya, sebenarnya gambar tu saya tengah pakai tudung, jadi saya telah mengedit gamba tu balik.

Akhir kata saya tinggalkan anda dengan gambar saya berambut Kelly Osbourne. Cunkan? Hahaha. Dah macam bulu ayam saya tengok.
Amaran: Virtual hairstyler adalah sangat addictive. Malam tadi saya tidur pukul 2 lebih sebab gelak-gelak tengok diri sendiri di makeover dengan rambut baru. Hihi. Nasib baik lepas tu Husayn nangis, kalau tak mau sampai ke sahur.


3 superstars:

Hanz said...

hey thanks Intan! Mesti try ni!

mariaariffbaby said...

:D
rajinnya dia!

hushuss said...

Kelly Osbourne punya hairstyle suits u Intan...hehehee

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey