Wednesday, August 19, 2009

Surat cinta untuk Husayn Zharief

IKLAN: PLEASEEEE 'LIKE' MY LURVE AFFAIR WITH TWILIGHT VIDEO AT LURVE FACEBOOK.

Kepada Husayn Zharief,

Adalah sangat tidak cool untuk menangis menjerit-jerit di tengah-tengah malam apabila mama memang sangat tidak larat untuk bangun. Mama dapat merasakan jiran-jiran beranggapan mama telah mendera kamu sehingga kamu menangis sebegitu rupa. Menangis satu hal, lepas tu bila mama tanya apa sebenarnya kamu nak, kamu boleh fikir banyak benda yang kamu nak dalam satu masa. Sekejap nak ikut atuk, sekejap nak turun bawah main lori, sekejap ajak mandi pukul 3 pagi.


Kamu juga didapati suka menjerit “eeeee!” sambil mencubit mama apabila video yang mama bukak dekat YouTube tu tidak mengikut citarasa kamu. Bila mama tanya kamu nak tengok video apa sebenarnya? Kamu menjawab dengan marah “yang semalam lah mama!” Ok, yang semalam tapi macam lah yang semalam tu kamu tengok satu video je.

Selain itu kamu juga suka mengorek jerawat mama sambil menyonyot susu badan dan kamu juga menghalang mama memeluk abah sebab kamu kata “mama peluklah adik..peluk abah tak best lah mama!” Apabila pergi rumah saudara mara atau kawan-kawan mama kamu juga selalu tak nak masuk rumah orang sebab kamu kata “mama.. adik takut!” Nasib baik ada abah, jadinya abah lah yang tolong jagakan kamu. Hihi.


Secara jujurnya menjaga kamu di rumah adalah 100 kali lebih mencabar dan meletihkan daripada bekerja di pejabat. Sebab di pejabat, bos mama tak pernah pulak nak marah-marah mama, ataupun baling mama dengan lori mainan. Tapi mama tak faham lah kenapa kalau dengan abah, kamu tu berdisiplin betul, tapi bila dengan mama, masya Allah..macam ribut taufan jadinya.


Tapi janganlah risau, kamu tetap darling di mata mama sebab kamu lah yang selalu hiburkan mama kalau abah tu balik lambat, tak kisahlah berapa kali mama cubit kamu pun. Apabila mama training ataupun ada game futsal, kamu juga datang menonton. Kadang-kadang bila tak dijangka, kamu tu tiba-tiba datang dan peluk mama sambil cium mama dan cakap “sayanggg mama” Haha. Kamu ni memang penuh dengan tektik, memang macam perangai mama. Nanti kalau kamu dah ada adik, taulah kamu. I love you Husayn Zharief! Muah muah.



12 superstars:

pizli_mw said...

hahahahah :-)

:iBuAfiQah: said...

lawak la intan...hehehehe..
agak2 Husayn baca tak surat mamanya niey?

Farah said...

hahaha...mmg bes la surat untk husayn ni..husayn jgn nakal2 k..mama kamu dlm proses nak buat adik tu hahaha

nURmALa mAZLan said...

bila tu husayn nak ada adik kak?? ehehehe`

Arin said...

sama sebijik peel ngn hanum...

precious innocent said...

mcm nak 'proses' adik je utk husayn? :P

-mama emma®-

Hanz said...

Kepada Mama Intan,

Saya telah mengundi anda juga dalam LURVE AFFAIR itu.

Good luck!

Sekian,
Hanz

Jade said...

"Nanti kalau kamu dah ada adik, taulah kamu"

haha.. mcm cda plan sajer dlm masa terdekat ni

p/s : same je cm i punye anak ;p

eynda said...

Hehehe...luahan hati seorang mummy....lebih kurang je perangai budak2 ni...sementara nak membesar kan....layan je hihi....

supermummy said...

pizli
apa gelak2 ni..hahah

ibuafiqah
kalau baca pon tak paham lagi dan berkemungkinan besar akan cakap " ni tak best lah mamaaaa" isk

farah
ahahaha...isk..mana ada..

nurmala
kehkeh..soalan cepu emas yang tatau nak dijawab..kalau ada rezeki adalah..kehkeh

arin
hahaha budak2 kan..tapi kadang2 mmg hilang sabar dibuatnyaaa

emma
hahaha..proses ke? mcm nak proses di kilang pulak..hahaha

hanz
thank you so much! undi anda sangatlah dihargai!

jade
kehkeh..mmg nak lagi cuma tatau bila...kehkeh

eynda
itu la..tapi kelakar kadang2 tgk perangai diaorang ni..mcm2 hal..hahah

zh-ena said...

anak tetap di hati

achee_b165 said...

sian husayn.. kena cubit cubitan.. tp cubit2 manja biasala tuh..hehe

kelakar la pic dia kena cubit2 tuh...hehehe

~p-na mama oja~

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey