Friday, August 21, 2009

Pernahkah anda terfikir andai ini Ramadhan yang terakhir?


Malam ini bermulalah 1 Ramadhan! Siapa pergi terawikh malam ni? Saya pulak sejak Husayn ada ni memang tak pernah terawikh kat masjid. Selalu terawikh kat rumah dengan mak sahaja. Teringat dulu last sekali pergi masjid masa pregnantkan Husayn 4 bulan kot, baru semayang 2 rakaat dah muntah-muntah. Nasib baik lah muntah kat toilet bukan kat tikar sembahyang. Kalau muntah kat tikar sembahyang tu kang pengsanlah jemaah lain bau muntah saya. Kehkeh.

Terjumpa ayat-ayat hebat di bawah ni kat sini. Apabila membaca terus insaf. Tapi bila tak baca lupa balik. Itulah perangai yang selalu ada. Oklah salam ramadhan semua! Sebenarnya sangat tensen sebab akan balik pukul 5.30 juga sehingga habis bulan Ogos. Bosan sungguh. Kesian juga siapa yang balik nak kena memasak. Saya tak boleh komplen banyak-banyak sebenarnya sebab apabila sampai rumah pasti mak sudah hampir siap memasak. Kehkeh.

Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi


Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"
[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]
Biarpun anak tekakku kering kehausan air
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..
Merayu...
Kepada-NYA Tuhanku yang satu...


Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...
Sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil...
Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]


Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan


Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu aku sibukkan dengan
Berterawih...
Berqiamullail...
Bertahajjud...
Mengadu...
Merintih...
Meminta belas kasih....
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Oleh itu duhai Ilahi...
Kasihanilah daku hamba-MU yang...
Hina..
Dhaif..
Jahil..
Lagi Banyak Dosa ini..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..
Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di ramadhan ini..



9 superstars:

pizli_mw said...

Selamat berpuasa Intan..

JIVEBUMZ said...

selamat berpuase yer kak..

:iBuAfiQah: said...

selamat berpuasa intan..
moga Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yg sudah2..

Liza said...

excited nak gi tarawih, every ramadhan mesti beli new telekung for this purpose

salam ramadhan to you!!

nURmALa mAZLan said...

selamat berpuasa kak intan

eynda said...

Selamat berpuasa intan... :-)

momguess said...

salam ramadhan

zh-ena said...

salam ramadhan utk kak intan sekeluarga

lailasani said...

salam ramadhan...
semoga sentiasa diberkati olehNYA...
sy pun last gi semayang terawikh kat surau ms damia dlm perut...
sekrg ni kena jadi penjaga si kenit ni kat umah..

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey