Tuesday, August 25, 2009

Perkara memalukan yang pernah terjadi kepada saya

Hari ni terkocoh-kocoh sangat masuk parking dan keluar kereta sampai saya terpakai terompah saya ni.

Tapi sebab dah naik lif, malaslah nak tukar, jadi kelihatan selekeh hari ni. Selipar tulang ikan di background adalah selipar favourite di ofis.

Selain pergi ke kedai dan terhilangkan duit RM100 dan mengakibatkan termalu di depan cashier, membaling dart ala-ala melontar javelin hingga ke carpet dan menyebabkan dinding ofis lubang, kepala diberak burung ketika berada di Masjidil Haram, tiba-tiba saya teringat ada satu lagi perkara memalukan diri yang pernah saya buat.

Semasa itu saya berumur 24 tahun dan bercinta dengan teman lelaki (sekarang dah jadi Husband lah), masa tu tak ingatlah dah tunang ke tak. Saya pergi lunch dengan teman lelaki dan memakai seluar seperti khakis jenis linen. Saya sangat suka seluar tu sebab selesa tapi teman lelaki tak suka sebab dia kata macam nipis dan seksi sikit. Tapi masa tu mungkin saya bajet seksi ala-ala Zila Bakarin, jadi saya buat tak tau je la. Degil kan.

Kita orang pergi Restoran Syed kat Kelana Jaya tu nak lunch la ni. Bila sampai je dengan bergaya saya pun jalan lah pergi nak ambil makanan. Lepas ambik tu saya terus la duduk. Tiba-tiba teman lelaki datang berbisik kat saya. Ingatkan bisikan cinta, rupa-rupanya dia cakap "eh, seluar awak koyak tu". Saya mestilah terkejut beruk, lantas berkata "haa..koyak kat mana?" Rupa-rupanya ada koyakan yang hebat di bahagian punggung. Haha. Ok, sekarang tak tau nak gelak ke nak malu. Saya habiskan makanan dulu, lepas tu tarik baju sehabis boleh untuk menutup kemaluan.

Selepas itu terus balik rumah untuk tukar seluar dan keluar balik ke pejabat. Kesimpulannya dengarlah kata teman lelaki bila dia kata "seksi sangat tu, pergi tukar seluar". Dan mungkin selepas ternampak seluar koyak saya tu, teman lelaki terus ingin kawin dengan saya. Hahaha. Ok sorry, lawak tak bermutu sikit. Bila puasa sudah agak lemau.

Sebenarnya point saya tulis ni adalah berharap sekali lagi saya tidak memalukan diri di 8tv Quickie malam ni. Macbook seperti semakin jauh berlari dari saya, tapi saya redha je lah sebab saya ni nak bukak Facebook kat ofis pun tak boleh sebab IT memang block. Kurang asam ya. Kalau nak tengok video masa saya di 8tv Quickie 11 Ogos hari tu, bolehlah bukak LURVE Facebook ataupun Facebook saya. Sejujurnya saya sangat alergik melihat diri sendiri di kaca tv. Sangat menjengkelkan. Hehe.

Nak buat kerja dulu lah bai!


8 superstars:

whitetulip said...

Haha...very funny!!Sy pun banyak jugak perkara lucu..baru2 ni pulak tu!!Skirt lupa dizip...malu tak terkata. baru yang tegur tu, still single..adoiii...so embarassing!!!

AyuArjuna BiGoshh said...

hahaha...lawak Intan ni kes koyak baru hubby u terus ajak kahwin...haha..apanya nak dijijiknya Intan..I suka jer tgk u kat tv...huishhh kem salam kat henry! (dia tau ke jawab salam hahaah)

Anasfadilah said...

out of topis..saw u on 8tv quikie..good luck tonight..hope u win!

pizli_mw said...

Bagus betul husband kau, baru nampak seluar kau koyak dah rasa bertanggungjawab untuk kawin dengan kau.. Haha..

supermummy said...

whitetulip
ya ke? kehkeh..mmg sangat2 malu bila orang nampak. rasan ak nyorok bawah meja saja..hahah

ayuarjuna
ahaha..tapi mmg memalukan. tataula siapa yg nampak masa tu.diharap tiada siapa..hahaha. part yg keluar tv tu mmg tatau la nape..hahah..tak sukaaa

anasfadilah
thank you! mmg memerlukan luck yg berlebihan utk menang macbook seketul..susah sungguh nak menang..hahah

pizli
hahaha..lawak je tu

Drama Mama said...

oh saya oenah jugak baju terkoyak. dah la time tu first date, maluuuuu terus tak jadi couple wakakakka

btw, congrats tak menang pun dapat iPod touch :-D

ARIFFDA said...

intan
bila n3 u in BM
ayat u sgt tersusun
mcm baca karangan ler
saya suka

supermummy said...

drama mama
ahaha..kesiannya..tapi apa la lelaki tu..offer la belikan baju ke apa..kehkeh..

ariffda
ya ke. terima kasih. mungkin sbb anak cikgu bm tu pasal suka buat karangan bm. hahaha

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey