Thursday, August 27, 2009

Jika tidak berpuasa, jangan makan di khalayak ramai

Sila cari benda tersembunyi di bawah meja ofis saya semalam:

Encik Bos cuti sampai next week jadi memang sesuailah timing. Apabila saya pergi membeli roti dan susu di co-op semalam ada pulak pak guard 2 orang nampak isi plastik saya. Pak guard berjalan di belakang saya dan berborak "uiyoo..dia beli roti jagung laa" Haha. Saya hanya buat tak tau dan berkata dalam hati "isk.. sibuk pulak pak guard ni". Lantaklah, saya bukan makan di khalayak ramai. Saya makan sendiri di bawah meja. Heheh.

Apabila tidak berpuasa semasa bekerja di bulan puasa anda memerlukan tektik-tektik untuk mengelakkan perut berbunyi dengan hebat. Saya memang ada masalah perut berbunyi apabila lapar dan pernah beberapa kali kantoi kerana perut berbunyi dengan hebat. Memang memalukan.

Oklah esok nak cuti lagi. Hurey! Memang bersyukur kerja kerajaan sebab ada cuti 30 hari setahun. Dulu di ofis lama hanya 12 hari setahun dan selalu ambik mc dan bila cuti dan mc dah maksimum, last2 apabila terpaksa amik cuti, gaji pulak kena potong. Sungguh menyedihkan. Jadi memang patut bersyukur walaupun kerja melambak-lambak dan asyik kena pergi meeting.


8 superstars:

Hanz said...

Intan..kita sekapal..x makan lapar, tapi lecehlah nak menapau!

ARIFFDA said...

opis saya line tak clear, bawah meja pun xclear...

mcm nak blk lunch kat rumah je
hahaha

Zuhaini said...

oh.. saya kalau x posa saya x makan.. takut kalau time posa karang x larat.. hihi :)

supermummy said...

hanz
haah memang..kita setakat ni takdela tapau beli nasi ke apa..beli roti kat co-op kat ofis ni je la..

ariffda
ya ke..ala makan kat surau je pon boleh..kehkeh

zuhaini
ooo ya ke..wah ni lagi bagus..eh saya pernah tak puasa lepas tu gi shopping..bila letih shopping, minum air kat dalam changing room pulak..ni kira bawak bekal siap2 ni..hahaha..mmg tak bole tahan

Farah said...

yahoo saya pon suka gak..saya dpt 25 hari cuti!! hahaha tp bukan keje kerajaan.

FRB said...

FRB pun penah xpose curi2 mkn KFC kt bilik file. tp skng xbuat dah cz huby xbg

Twiggy said...

erk, alamak, saya dengan perut boyot ini sukahati je mkn kat hujuuuuung kedai..hahahaha

fazlinil irma said...

kalau kat sini perut kenyang pun still lagi berbunyi..

kekadang tu malu ja bila dok dgn kawan2 tiba2 perut berbunyi..sdgkan baru lepas makan..hehee

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey