Tuesday, July 7, 2009

Kredit kad bersedia untuk bekerja keras di musim Malaysia Mega Sale!

Sekarang adalah musim Malaysia Mega Sale! Sudahkah anda pergi membeli belah? Heheh. Pada hari Sabtu yang lepas, saya bersama keluarga telah pergi ke Sunway Pyramid (ok, ada tak macam ayat karangan BM darjah 5. kehkeh). Serius, dah lama gila tak pergi Sunway Pyramid ni.
Eh lupa pulak, sebelum pergi Sunway Pyramid tu, pergi Jakel dulu sebab kena setelkan baju raya.
Jakel tengah sale hebat sekarang sebab sale sampai 88%% diskaun tu. Saya pun tak sure lah betul ke tak claim tu, dan tak ada masa pun nak cek betul betul sebab orang ramai sangat. Saya adalah jenis orang yang pergi Jakel ni setahun sekali sahaja dan bila terpaksa pergi memang malas sangat sebab fikir manusia yang ramai. Tapi saya dan Husband bertindak bijak di mana saya telah membiarkan Husband drop saya di Jakel supaya saya dapat shopping seorang diri dan Husband membawaHusayn berjalan jalan di dalam kereta. Hehe, dapatlah saya shopping dengan aman. Pening betul pilih kain kat situ!
Pakcik kat atas ni semangat teman isteri dia shopping. Suka tengok dia sebab sangat supportive. Dia cakap kat bini dia "cantik kain ni..", tapi bini dia cakap "isk..tu design lama..". Comellah pakcik. Saya tersengih sorang-sorang dengar dialog diaorang.
Ha ni buktinya Jakel ada sale. Murah tak tu? Ke ada tempat lain lagi murah? Serius saya memang lemah sikit bab kain2 ni. Saya ni fikirkan tailor dah mintak baju raya sebab dah tutup tempahan, tu yang baru sibuk nak beli kain.
Ha akhirnya saya belila kain-kain di atas. Punyala pening fikir nak tema apa untuk raya tahun ni. End up, saya pilih baju yang ada bermacam-macam colour. Kiranya apa-apa warna pon boleh jadi tema. Kehkeh.

Lepas tu saya pergi Sunway Pyramid pulak. Ni bukan saja-saja nak shopping ya, tapi saya terpaksa pergi sebab keadaan kasut -kasut kerja saya sangat menyedihkan. Tapi kagum juga dengan parking di Sunway Pyramid sebab ada lampu untuk setiap parking yang nak menunjukkan dah ada orang parking ke tak. Kalau hijau kosonglah parking tu. Kalau merah ada orang parking. Cool kan. Haha..sorry ya jakun sikit. Kat One Utama takde lagi benda-benda macam ni. Kehkeh.
Ha yang gambar blur kat atas tu kedai Charles & Keith. Baru tau Charles & keith ni ada kat Sunway Pyramid. Ingatkan kat Pavillion je. Nak pengsan saya masuk kedai ni sebab cantik sangat kasutnya. Dahla ada sale!
Woi gorgeousnya kau! Rasa-rasa nak angkat sebakul kasut! Yang sedih saiz yang saya nak tu takdela pulak. Jadi kensel la Charles & Keith. Tapi takpe, sale Charles & Keith ni sampai Ogos. Nanti saya lawat lagi ya!
Beg kat atas ni pulak kat kedai Guess. Beg tu longgok2 je sebab ada diskaun 50 ke 70% tak silap. Tapi saya tak tengok pun harganya sebab saya rasa beg tu agak outdated design. Tak syiok la.Next!
Akhirnya banyak-banyak kedai saya masuk Jusco je lah. Sebab tu je yang paling dekat. Husayn Zharief suka masuk Jusco sebab dia lari ke kaunter dan terus mintak lollipop. Disebabkan mamanya ni nak kasi dia diam sikit, beli je la. Haha. Pandai Jusco ni letak lollipop tu kat kaunter, walhal tu area kasut dan baju. Tapi seriuslah, kasut-kasut kat Jusco Sunway Pyramid ni lagi menarik dari kat Jusco One Utama. Dan akhirnya saya telah membeli si manis berdua ni:
Bolehkah saya berjalan dengan normal apabila memakai wedges setinggi ini?

Juga si manis warna merah ni. Sekarang saya boleh hidup bahagia, tapi kenapa dalam hati kata kasut macam tak cukup lagi? Saya rasa memang patut mendengar instinct dan bersetuju lantas membeli kasut baru lagi!

Padahal sampai ofis terus bukak kasut dan pakai selipar jepun je. Haha.



13 superstars:

:iBuAfiQah: said...

banyak nya shoppin kat jakel...
mmg betul2 murah ker kat sana?

cantik kasut merah tuh...
berkenan dgn warnanya..
itu kira kasut raya or just utk ke opis saja?hehehe...

azzamoro said...

hehe.. samela. masuk opis, bukak heel, terus sarung selipar jepun. nak balik kang or pimkn/meeting, baru sarung heel balik..:P

DYLA said...

syok megasale kan...

mmg kat guess yg sale yg dah outdated..

precious innocent said...

intan, lawa la wedges 1st tu, brand ape tu?

i wedges ada 1 je, tu pun vincci la.. tp i suke design vincci, kene dgn kaki i.. miahaha...

-mama emma-

zh-ena said...

sana sini dah shopping baju raya kan..

byknyer beli kain..

yaya said...

ayo tak bleh tahan la tgk entry shopping ni, terima kasih kerana inform pasal sales ni, ahaks... nak terjah gak

Jade said...

aiyo, setahun sekali menjengah Jakel tapi beli byk gak ye intan..

kasut 1st itu cun.. kalau ke opis bleh le.. kalau nk bawak anak, adoiya.. mau patah pinggang ;p

Hanz said...

I paling x suka shopping kasut..sebab kaki i bukan jenis kecik-molek da...keturunan..ha!ha!

Cantik wedges tu Intan! Kalau I pakai gitu sambil wearing baby, mahu terjelepok! Hemm...tunggu next year punyer rayalah..

supermummy said...

ibuafiqah
eh jgn terpedaya..2 pasang je la..satu lagi tu lining utk ada satu lagi baju..kehkeh..kasut merah tu kasut santai2 je..heheh

azzamoro
haha tu la..kadang2 terlupa boleh pegi naik level lain dgn selipar sekali..nasib baik bos tak nampak.hahah..

dyla
tu la..tu yg malas nak tgk harga tu tak kisahla murah mana pon..

emma
tu brand cik santa barbara bermain di kelab polo..haha..

zh-ena
2 pasang je kak oii..satu lagi lining..kehkeh..ni terpaksa beli cepat2 sbb tailor dah tutup amek tempahan..

yaya
cepat terjah..kehkeh..

jade
haa mmg patah pinggang sbb pagi tadi i angkat husayn naik tingkat 4 rumah babysitter pakai kasut tu..gilalah..naik cramp kaki! tobat lepas ni kena bawak selipar jepon..

hanz
betol..wedges tu mmg tak digalakkan pakai sambil pegang baby..kehkeh..strictly utk pegi opis je..hahah

hushuss said...
This comment has been removed by the author.
hushuss said...

Intan,
I added your blog to my blog list coz I am following your blog for quite some time. Is it ok with you?

Do add my blog to your fab links..boleh kembangkan biz ni...hahahaha

Selamat berkenalan and my hugs and kisses for Husayn. He is so adorable.

Ms Lola said...

talking bout sunway pyramid, i thought that lampu tu just sensor yg send the signal to the counter. Heh. tak pernah nmpk yg hijau punnn...

supermummy said...

hushus
insya Allah nanti i add..mmg byk pending link yg tak add2 ni..haha..thanks for adding mine ya!

ms lola
haha mmg susah nak nampak hijau..tapi yg paling tensen hari tu ada lampu hijau..tapi tgk2 dah ada org parking kat situ..rupa2nya lampu tu rosak..tensen betol..haha

 
blog template by suckmylolly.com : background image by Patrick Hennessey